Pages

Friday, July 30, 2010

Antara Kereta Sport Dan Al-Quran - Buat Renungan

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya…lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama…si ayah hanya tersenyum… si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu…ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan… satu hari…si ayah memanggil si
anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya…sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang… si anak tersenyum puas…di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu…

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik…si anak terkesima… sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan.. . dengan hati yang berat…kotak itu bertukar tangan…matanya terarah kepada riak wajah ayahnya…yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya…

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu…penutup kotak dibuka…apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan…si anak memandang ayahnya…terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak…nafsu mudanya bergelojak..ayah sengaja mempermainkan saya…ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu…bukannya ayah x mampu utk membelikannya…sudah ayah…bukan al-Quran ni yang saya nak…katanyakeras…al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan…si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa’at utk si ayah bersuara…pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya…memulakan kehidupan baru dengan
sekeping ijazah yg dimilikinya…

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta…punyai syarikat sendiri…dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat…cukup membahagiakan…namun hatinya tersentuh… Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah
menjenguk ayahnya…sedang dia berkira2 sendiri…telefonny a berdering… dari peguam ayahnya…ayahnya meninggal dunia semalam…dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak…si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta…

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa…si anak pulang ke banglo ayahnya…memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya…hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya…Al-quran yang di
hempaskannya masih lagi setia berada di situ…bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini…perlahan2 langkahnya menuju ke situ…mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan…tiba- tiba…jatuh sesuatu dari Al-quran itu…segugus kunci…di muka belakang Al-quran itu…sebuah sampul surat ternyata diselotepkan
disitu…

Kunci itu segera dipungut…hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali…di dalam sampul surat itu…terdapat resit pembelian kereta idamannya… dibeli pada hari konvokesyennya…Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah…sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat
dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku….air mata si anak menitis deras…hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang…Namun semuanya sudah terlambat…

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata
kerana nikmat itu tidak “dibungkus”, didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

Buat renungan kiter bersama…

PENGAMBILAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) telah menyediakan soalan peperiksaan SPM tahun 2010.


Sehubungan dengan itu diminta Guru Kanan Pentadbiran dan Setiausaha Peperiksaan sekolah tuan mengambil soalan tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 02 Ogos 2010 (Isnin)

Tempat : SMK Seri Kota Puteri 2.

Masa : 2.30 petang.


Sebarang Pertanyaan sila hubungi En. Hashim bin Zainal Pen. PPD Sains Kemasyarakatan, PPD Pasir Gudang di talian 013-7453313 atau Tuan Haji Halil Bin Abu Bakar Pengetua SMK Seri Kota Puteri 2 ditalian 019-7231384

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Thursday, July 29, 2010

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Bila Menggunakan SAP Siri 1


Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian apabila menggunakan aplikasi kemasukan markah SAP ini. Pertama, kerapkali kita lupa untuk mengemaskini kedudukan daerah sekolah kita berada.

Apabila kita mendaftar sekolah, kerapkali kita lupa untuk mendaftar kedudukan daerah dimana sekolah kita berada. Apabila ini terjadi, keputusan laporan keseluruhan sekolah yang berada di dalam sesuatu daerah akan menjadi tidak seimbang. Contohnya, jika keseluruhan sekolah menengah yang berada didalam daerah Johor Bahru adalah 33 buah sekolah. Kemungkinan terjadi adalah jumlah sekolah tersebut akan menjadi sedikit dari sepatutnya. Dan terdapat dua paparan senarai nama sekolah dalam dua daerah yang berlainan.

Didalam SAP yang terbaru, terdapat kemudahan untuk untuk menukar nama daerah. Jika SAP yang terdahulu, kita terpaksa menaip nama daerah di ruangan yang disediakan. Tetapi bagi SAP yang terbaru, kita tidak perlu menaip nama daerah tetapi hanya sekadar memilih dari nama daerah yang disenaraikan dan hasilnya nama daerah dan kodnya diletakkan.


Sering terjadi dimana apabila sekolah telah menghantar data SAP ke peringkat PPD. Data yang diperolehi mengandungi senarai mata pelajaran yang tidak penting ditanda sebagai sebahagian daripada mata pelajaran yang akan diambil kira dalam pengiraan peratus dan GPS.


Akibatnya, apabila pihak PPD menghantar ke peringkat Jabatan, peratus dan GPS sekolah tidak sama dengan apa yang ada diperingkat sekolah. Dan lebih memburukkan keadaan kebanyakan peratus dan GPS sekolah ini menurun.

Apabila pihak sekolah memperolehi laporan di peringkat jabatan, timbul rasa tidak puashati dan meminta pihak PPD melakukan perubahan.

Jelas sekali apabila diperingkat ini, pihak PPD tidak dapat melakukan perubahan dan apa yang boleh dilakukan adalah menasihat pihak sekolah menceritakan kesilapan yang telah dilakukan apabila pertemuan mesyuarat diantara pengetua/guru besar dengan puan pegawai PPD diadakan.


Apabila mendaftar mata pelajaran mengikut kelas, cikgu tidak perlu menanda semua kotak bagi setiap mata pelajaran yang didaftarkan. Memadai hanya menanda kotak bagi mata pelajaran yang wajib sahaja.


Bagi peperiksaan percubaan UPSR, PMR, SPM dan akhir tahun, setiausaha dalaman dikehendaki menanda mana-mana pelajar yang mengambil tuisyen Hikmah. Setiausaha dalaman akan menghantar data hikmah ke PPD apabila setiap kali peperiksaan dijalankan.

Buka paparan Daftar Pelajar Mengikut Kelas yang terdapat pada menu

Daftar - Kemaskini Maklumat Pelajar - Daftar Tahun Semasa

Tandakan kota di bahagian HIK (Hikmah)

Cikgu juga dikehendaki membetulkan juga bahagian KAUM/RAS yang terdapat di paparan ini.


Caranya adalah dengan cara mengklik pada ruangan kod contohnya 01 bagi Melayu, 02 - Cina, 03 - India dan seterusnya.


Jika cikgu tidak membetulkannya maklumat pada ruangan Analisa Bilangan Pelajar Mengikut kelas tidak akan dipaparkan.

Monday, July 26, 2010

Taklimat Kemasukan Markah Kerja Kursus PMR dan SAP 2010

Ramai yang bertanyakan saya, siapakah yang sepatutnya pergi ke taklimat tersebut kerana terdapat dua taklimat yang kalau ikut keperluannya memerlukan kedua-dua setiausaha peperiksaan iaitu dalaman dan awam yang perlu pergi.

Pada saya berkenaan dengan taklimat kemasukan markah kerja kursus PMR ini kalau diikutkan setiausaha peperiksaan awam sudah biasa dengan aplikasi kemasukan kerja kursus. Dan aplikasi serta data calon yang akan diberikan nanti tidak banyak bezanya dengan yang terdapat seperti tahun lepas. Cuma data calon tersebut adalah yang terkini dan setiausaha peperiksaan dalaman boleh mengambil dan memberikan maklumat tersebut kepada setiausaha peperiksaan awam di sekolah nanti.

Cuma di dalam taklimat tersebut kebanyakan yang akan dititikberatkan adalah kaedah yang betul bagaimana memasukkan maklumat di dalam aplikasi SAP123.

Kebanyakan setiausaha peperiksaan awam banyak melakukan kesilapan apabila menghantar data SAP kepada PPD. Antaranya;

1. Memilih jenis peperiksaan
2. Bulan peperiksaan
3. Tingkatan
4. Kelas
5. Analisis bilangan pelajar mengikut kelas

dan

6. matapelajaran yang wajib ditandakan untuk mempengaruhi peratus dan GPS sekolah

Kesilapan perkara-perkara di atas menyebabkan kesulitan di pihak PPD untuk menghantar data yang baik ke jabatan.

Dan seringkali di peringkat sekolah sering merungut kerana data disekolah berbeza dengan data yang terdapat di PPD padahal data tersebut datangnya adalah dari sekolah itu sendiri.

Dan apabila data tersebut telah dikumpul di peringkat PPD dan dihantar ke jabatan menyebabkan apa-apa perubahan tidak dapat dilakukan lagi.

Maka kesimpulannya, tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk membetulkan balik segala kesilapan di peringkat sekolah dan sekurang-kurangnya setiausaha peperiksaan dalaman mempunyai maklumat yang terkini bagaimana pelaksanaan yang betul dalam memasukkan maklumat di dalam SAP.

Penetapan Tarikh Penghantaran Markah Percubaan UPSR dan SAP UPPM3 2010

Tarikh adalah ditetapkan oleh Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor.

Markah Percubaan UPSR dan SAP UPPM3 ke PPD - 6 Ogos 2010

Data Hikmah - 8 Ogos 2010

Taklimat Pengurusan Dan Prestasi Murid Program Tuisyen Hikmah Sekolah Rendah Negeri Johor 2010

Klik untuk pembesaran

Klik untuk pembesaran

Klik untuk pembesaran

Sekolah-sekolah yang akan terbabit didalam taklimat ini adalah;

1. SK KOPOK
2. SK MASAI
3. SK PASIR GUDANG 3
4. SK PASIR PUTEH
5. SK PERMAS JAYA 1
6. SK PERMAS JAYA 2
7. SK SERI KOTA PUTERI
8. SK TAMAN DAYA
9. SK TAMAN DAYA 2
10. SK TAMAN JOHOR JAYA 1
11. SK TAMAN MOLEK
12. SK TAMAN PUTERI WANGSA
13. SK TAMAN RINTING 1
14. SK TAMAN RINTING 2
15. SK ULU TIRAM

Sunday, July 25, 2010

Thursday, July 22, 2010

Pengumpulan Data Hikmah YPJ Sekolah Rendah

Diminta sekolah-sekolah yang tersenarai dalam Program Hikmah menghantar dengan seberapa segera maklumat calon hikmah sekolah dalam bentuk disket dan hard copy.

Data yang diperlukan adalah;
1. TOV
2. UPPM1
3. UPPM2

Data yang disimpan dalam disket lebih merupakan data SAPHC yang mengandungi Calon Program Hikmah. Dan data yang disimpan di dalam disket tersebut lebih merupakan data berbentuk 7 fail txt. Contohnya;

DATAOTI.TXT
DATATOV.TXT
DKELAS.TXT
DPELPEP.TXT
DPINDUK.TXT
DBLMPAMB.TXT
TSEKOLAH.TXT

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah;

1. SK KOPOK - Telahpun menghantar data - terima kasih
2. SK MASAI
3. SK PASIR GUDANG 3
4. SK PASIR PUTEH - Kesilapan disket (tidak mengandungi data SAPHC)
5. SK PERMAS JAYA 1
6. SK PERMAS JAYA 2
7. SK SERI KOTA PUTERI
8. SK TAMAN DAYA
9. SK TAMAN DAYA 2
10. SK TAMAN JOHOR JAYA 1
11. SK TAMAN MOLEK - Cetakan TOV dan disket SAPHC tiada
12. SK TAMAN PUTERI WANGSA
13. SK TAMAN RINTING
14. SK TAMAN RINTING 2
15. SK ULU TIRAM

Diminta sekolah-sekolah di atas menghantar dengan seberapa segera sebelum atau pada hari Jumaat iaitu 23.7.2010.

Kerjasama dipihak tuan/puan, amatlah dihargai. Terima kasih.

Wednesday, July 21, 2010

SAP Dan SAPHC Terkini

Himpunan Aplikasi Sistem SAP dan SAPHC ini adalah yang terkini yang terdapat di SPP dan UPP.

SAP45 (190710)
SAP123 (190710)
SAP123HC (220409)
SAPR16 (190710)
SAPR16HC (220409)
SAPT6 Ver1 (06102009)

Jika cikgu berminat, sila klik "disini" untuk memuat turun.

Tuesday, July 20, 2010

Pindaan Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan Setara PMR Dan SPM Negeri Johor 2010

klik pada gambar untuk pembesaran

Pembetulan pada tarikh program pra ujian bukan pada 3 Julai hingga 4 Julai tetapi 3 Ogos hingga 4 Ogos 2010

Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran


Monday, July 19, 2010

Jadual Pelaksanaan Pendaftaran Kerja Kursus PMR 2010

Disini saya letakkan jadual pelaksanaan pendaftaran markah kerja kursus PMR.

Turut dimuatkan bahan yang perlu dihantar ke PPD dan apakah perkara yang perlu ditulis pada label disket.

Jadual Pelaksanaan - "disini"

Muat Turun Aplikasi Sistem Markah Kerja Kursus PMR 2010

Cikgu boleh memuat turun di bawah ini

Aplikasi sistem - "disini"
Manual Penggunaan - "disini"

Friday, July 16, 2010

Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan PMR 2010 Terkini

Perubahan jadual waktu adalah disebabkan oleh program yang akan dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Wednesday, July 14, 2010

Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 2010 (UPPM 3) Dan Pengambilan Kertas Soalan

Klik untuk pembesaran

Diminta pihak sekolah datang mengambil kertas soalan pada masa dan tepat yang telah ditetapkan di atas.

Jadual waktu peperiksaan ada dilampirkan di bawah ini.

Klik untuk pembesaran

Tuesday, July 13, 2010

Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan PMR Dan SPM 2010

Cikgu boleh memuat turun jadual dengan mengklik di bawah

Percubaan PMR "disini"
Percubaan SPM "disini"

Jika terdapat masalah didalam memuat turun fail cara di atas, cikgu juga boleh memuat turun cara di bawah.

Percubaan PMR "disini"
Percubaan SPM "disini"

Monday, July 12, 2010

sistem kemasukan markah kerja kursus UPSR 2010

Untuk maklumat semua s/u peperiksaan UPSR.

Satu sistem baru telah diperkenalkan untuk kemasukan markah kerja kursus bagi UPSR telah diperkenalkan .

Untuk tujuan berikut semua s/u peperiksaan boleh memuat turun manual dan sistem aplikasinya "di sini".

Jika terdapat masalah untuk memuat turun maklumat melalui cara di atas, cikgu juga boleh memuat turun dibawah

Sistem Aplikasi - "disini"
Manual penggunaan aplikasi - "disini"

Sebarang masalah sila hubungi UPP Pasir Gudang atau talian 0137822488 (En Norazrin).

Saturday, July 10, 2010

Wednesday, July 7, 2010

Analisis Pencapaian Tingkatan 5 Peperiksaan Pertengahan Tahun Negeri Johor


Analisis Percapaian ini boleh diperolehi dalam dua bentuk, iaitu dalam persembahan powerpoint dan dalam bentuk SAP.

Jika cikgu memerlukan dalam bentuk persembahan, sila klik pada gambar di atas. Dan jika memerlukan dalam bentuk SAP, sila klik "disini".

Analisis Pencapaian Tingkatan 3 Peperiksaan Pertengahan Tahun Negeri Johor


Analisis Pencapaian Peperiksaan ini boleh diperolehi dalam bentuk persembahan Powerpoint dan dalam bentuk SAP

Jika cikgu ingin memuat turun dalam bentuk persembahan, sila klik pada gambar di atas. Dan jika cikgu memerlukan dalam bentuk SAP sila klik "disini"

Analisis SAP Tingkatan 1, 2 dan 4 Pertengahan Tahun Daerah Pasir Gudang

Cikgu boleh memuat turun analisis ini dengan mengklik mengikut tingkatan.

Analisis ini adalah diperingkat daerah Pasir Gudang.

Tingkatan 1 "disini"
Tingkatan 2 "disini"
Tingkatan 4 "disini"

Saturday, July 3, 2010

Menggunakan Fail Yang Telah Dimuat Turun Kedalam Sistem Aplikasi SAP

Klik pada gambar untuk pembesaran

Dari post atau artikel yang lepas, kita telahpun mempelajari bagaimana memuat turun fail atau bahan daripada fail hosting di internet.

Pada kali ini pula, kita akan mempelajari bagaimana menggunakan fail yang telah dimuat turun dibuka menggunakan aplikasi SAP.

Sistem aplikasi SAP yang digunakan di sini adalah SAP45. Perlu diingatkan bahawa semua aplikasi SAp yang diberikan oleh PPD adalah sama fungsinya. Jadi, contoh yang diberikan disini boleh diaplikasi bagi semua sistem aplikasi SAP.

Untuk permulaan, cikgu hendaklah membuka windows explore dan pergi ke folder Download yang terdapat di dalam folder master My Documents.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Cari dimana fail rar yang telah dimuat turun, contohnya disini iaitu fail SAP45

Klik pada gambar untuk pembesaran

Buka fail SAP45.rar ini dan paparan isi di dalam akan kelihatan.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Highlight 5 text file yang terdapat di dalam paparan tersebut.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Tarik ke lima-lima text fail itu ke dalam folder SAP45 yang terdapat di dalam C.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Paparan di atas adalah folder SAP45 di dalam C yang belum lagi dimasukkan kelima-lima text fail.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Paparan di atas merupakan paparan yang terdapat di dalam folder SAP45 yang telah dimuatkan kelima-lina text fail.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Tutup windows explore dan pada paparan desktop, klik ikon perisian SAP45.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Paparan perisian aplikasi SAP45 akan dibuka dan klik pada arahan Utiliti.

Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran

Paparan Utiliti akan keluar dan klik pula butang IMPORT DATA DARI C.


Paparan mesej di atas akan keluar. Klik butang OK


Paparan mesej di atas pula akan keluar. Klik butang OK


Paparan untuk melakukan Kemaskini Pelajar akan keluar dan klik butang OK.


Paparan Proses Maklumat Kelas meminta cikgu mengklik butang OK.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Terdapat dua cara cikgu boleh mengemaskini pelajar. Pertama adalah melalui paparan Utiliti dan yang keduanya adalah melalui arahan yang terdapat pada aplikasi itu sendiri.

Perlu diingatkan apabila melakukan proses mengemaskini pelajar, komputer akan melaksanakannya dengan mengambil masa yang lama bergantung kepada betapa baiknya komputer anda.

Jadi diperingkat ini, cikgu perlu bersabar dan jangan cepat putus asa.


Apabila proses pengemaskini pelajar selesai, paparan di atas akan muncul. Klik butang OK.


Cikgu perlu menekan butang Refresh dahulu sebelum membuat tindakan selanjutnya.


Masukkan dahulu data sekolah anda dan kemudian barulah boleh melihat analisisnya.

Selamat mencuba dan jika terdapat sebarang kesulitan, seperti biasa cikgu boleh menelefon En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933 untuk mendapatkan nasihat dan kata-kata perangsang.

Cikgu juga boleh dapatkan kepakaran daripada Jurulatih-jurulatih Utama yang disenaraikan di bawah ini.

Jurulatih Utama Sekolah Rendah.

1. Muhamad Suhaimi Bin Suleiman
SK Kota Masai - 0137831189

2. Abdul Majid Bin Md. Noh
SK Tmn Permas Jaya 3 - 0143813779

3. Kumaran A/L Apala Naidu
SK Kota Masai - 0167758284

4. Saiful Anuar Bin Subakhir
SK Desa Cemerlang - 0137215977

5. Aszlizam Bin Tobari
SK Pasir Puteh - 0137364921

Jurulatih Utama Sekolah Menengah

1. Mohd Irwan B. Idris
SMK Megah Ria - 0139740002

2. Siti Zalina Binti Saidin
SMK Pasir Putih - 0127757341

3. Wan Nazuha Binti Ton Ghani
SMK Seri Kota Puteri - 0197851547

Memuat Turun Fail Dari Blog

Perkara pertama yang cikgu perlu lakukan iaitu ketika berada di lamanweb PPDPG, klik pada butang pautan Blog Penilaian Dan Peperiksaan yang terdapat disebelah kiri lamanweb ini.

Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran

Terdapat dua cara bagaimana untuk memuat turun bahan.

Pertama dengan mengklik pada perkataan "di sini" yang terdapat di dalam post.

Kedua iaitu dengan pergi ke bahagian pautan bahan yang terdapat di sebelah kanan bawah blog ini.

Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran

Setelah mengklik pada perkataan atau pada pautan bahan, cikgu akan dapati bahawa fail atau bahan yang cikgu perlukan akan dipaparkan melalui paparan url fail hosting.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Apa yang perlu cikgu buat adalah mengklik pada bahagian yang telah ditunjukkan pada gambar di atas.


Satu paparan baru akan keluar dimana cikgu perlu menyimpan fail tersebut ke dalam komputer untuk memuat turunnya.

Fail atau bahan yang telah dimuat turun kebiasaannya akan disimpan di dalam folder download yang terdapat di dalam folder master iaitu 'My Documents'.

Jika terdapat sebarang kesulitan di dalam memuat turun fail dari fail hosting, sila hubungi En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terdapat juga masalah di dalam memuat turun fail atau bahan dari fail hosting ini. Cikgu perlu melakukannya beberapa kali. Maklumlah fail hosting ini diperolehi dengan percuma. Jadi kesabaran amatlah perlu.

Semoga dengan petunjuk yang ringkas ini dapat menjadi panduan yang berguna bagi cikgu.

SELAMAT MENCUBA.