Pages

Saturday, July 3, 2010

Memuat Turun Fail Dari Blog

Perkara pertama yang cikgu perlu lakukan iaitu ketika berada di lamanweb PPDPG, klik pada butang pautan Blog Penilaian Dan Peperiksaan yang terdapat disebelah kiri lamanweb ini.

Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran

Terdapat dua cara bagaimana untuk memuat turun bahan.

Pertama dengan mengklik pada perkataan "di sini" yang terdapat di dalam post.

Kedua iaitu dengan pergi ke bahagian pautan bahan yang terdapat di sebelah kanan bawah blog ini.

Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran

Setelah mengklik pada perkataan atau pada pautan bahan, cikgu akan dapati bahawa fail atau bahan yang cikgu perlukan akan dipaparkan melalui paparan url fail hosting.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Apa yang perlu cikgu buat adalah mengklik pada bahagian yang telah ditunjukkan pada gambar di atas.


Satu paparan baru akan keluar dimana cikgu perlu menyimpan fail tersebut ke dalam komputer untuk memuat turunnya.

Fail atau bahan yang telah dimuat turun kebiasaannya akan disimpan di dalam folder download yang terdapat di dalam folder master iaitu 'My Documents'.

Jika terdapat sebarang kesulitan di dalam memuat turun fail dari fail hosting, sila hubungi En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terdapat juga masalah di dalam memuat turun fail atau bahan dari fail hosting ini. Cikgu perlu melakukannya beberapa kali. Maklumlah fail hosting ini diperolehi dengan percuma. Jadi kesabaran amatlah perlu.

Semoga dengan petunjuk yang ringkas ini dapat menjadi panduan yang berguna bagi cikgu.

SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment