Pages

Tuesday, October 9, 2012

RALAT YANG BERLAKU DIDALAM ANALISIS PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 - SAPS



Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Baru-baru ini apabila saya edarkan Analisis Pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM 2012 didalam blog ini, terdapat pelbagai komen daripada pihak sekolah berkaitan dengan data yang berbeza-beza berbanding data yang telah mereka buat diperingkat sekolah.

Antara sebab perbezaan ini berlaku yang dapat saya senaraikan adalah;

1.      Penggunaan aplikasi sistem yang berbeza antara sekolah dan ppd/jabatan.
       Pihak sekolah masih lagi menggunakan aplikasi sistem SAP lama apabila membuat audit diperingkat  sekolah berbanding dengan pihak PPD/JPN yang menggunakan aplikasi atas talian SAPS.

2.      Pengredan markah yang berbeza
      Didalam sistem SAPS penggunaan gred markah yang berbeza berbanding dengan gredan yang digunakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, contohnya;

GRED
PEMARKAHAN
A+
90 – 100
A
80 – 89
A-
75 – 79
B+
70 – 74
B
65 – 69
C+
60 – 64
C
50 – 59
D
45 – 49
E
40 – 44
G
0 – 39
        
         Diperingkat sekolah, sekolah masih lagi menggunakan gredan markah yang diberikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Apabila analisis dibuat diperingkat sekolah, maka wujudlah perbezaan peringkat dan bilangan kelulusan calon.

3.    Terdapat sesetengah sekolah dimana setiausaha peperiksaan dalaman tidak memeriksa jumlah calon yang berdaftar bagi setiap matapelajaran yang diambil didalam analisis pencapaian matapelajaran pada sistem atas talian apabila sekolah telah memenuhi syarat pengisian markah. Antara sekolah yang dapat dikesan iaitu;

         i.    SMK PERMAS JAYA
         ii.   SMK TAMAN DAYA
iii.    SMK PASIR PUTIH
iv.    SMK PUTERI WANGSA

4.   Pihak sekolah juga diminta untuk menggunakan SAPS apabila membuat post mortem diperingkat sekolah. Pihak PPD dan juga JPN tidak dibenarkan lagi mengambil data SAP diperingkat sekolah. Jika dibuat perbandingan data, maka wujud pelbagai perbezaan disini.

        Di bawah ini adalah Analisis GPS yang terkini dikeluarkan setelah mengambil kira beberapa sekolah yang telah membuat teguran pada pihak NKRA.


Muat turun analisis yang terkini - Analisis Pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM 2012