Pages

Tuesday, February 28, 2012

APDM Dan SAPS

Urusan import data dari APDM ke SAPS masih tidak boleh dilaksanakan kerana pihak APDM masih BELUM menyediakan capaian kepada SAPS untuk menarik data dalam APDM sehingga dimaklumkan kelak. Anda boleh melakukan urusan2 lain selain dari pengemaskinian murid, kelas dan guru kelas.

Friday, February 24, 2012

PENGHANTARAN DATA SAPR DAN SAP

Perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sehubungan dengan itu pihak sekolah tidak perlu lagi menghantar data SAPR atau SAP ke Unit Penilaian Dan Peperiksaan setiap kali selepas peperiksaan dijalankan.

 

Penghantaran data peperiksaan hanya perlu dilakukan secara atas talian(online) melalui SAPS. Tuan/puan juga dikehendaki membuat backup terhadap data markah pelajar secara hard copy mahupun secara softcopy apabila selesai memproses data markah didalam SAPS. Ini bagi mengelak data markah sekolah hilang akibat sistem yang tidak stabil.

 

Salinan printout pengesahan penghantaran data melalui SAPS siap dengan tandatangan pengetua hendaklah dihantar ke pihak UPP bagi mengesahkan pihak sekolah telahpun melaksanakan SAPS.

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En Adnan ditalian 07-3881210 sambungan 267 atau 013-7147933.

 

Harap maklum, terima kasih.

Wednesday, February 22, 2012

Taklimat Pengurusan SAPS 2012 Peringkat Daerah Pasir Gudang


Lampiran PK03-1 Terkini

Klik pada gambar untuk memuat turun lampiran dalam format Doc

Tuesday, February 21, 2012

Peringatan - Pelaksanaan Ujian Bulanan 1 Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu pelaksanaan Ujian Bulanan 1 adalah tidak disetarakan. Sekolah berhak melaksanakan ujian tersebut mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah sendiri dan tidak melebihi dari tarikh yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian iaitu 8 atau 9hb Mac 2012.

Tarikh akhir kemasukan markah ke dalam Sistem SAPS adalah pada 23hb Mac 2012 (Sekolah Rendah) dan 30hb Mac 2012 (Sekolah Menengah).

Harap maklum, terima kasih.

Monday, February 20, 2012

Pemantauan Peperiksaan Dalaman Dan PBS 2012


Maklum Balas Pemantauan Peperiksaan Dalaman

Perkara di atas adalah dirujuk.

Di sini disenaraikan sekolah-sekolah yang masih lagi belum menghantar Borang Maklum Balas Pemantauan PK03 kepada Unit Penilaian Dan Peperiksaan selepas 14 hari pematauan dibuat terhadap sekolah tersebut.

1. SK SERI ALAM 2
2. SK TAMAN RINTING


Borang tersebut boleh dimuat turun di bahagian pautan bahan blog ini.

Harap maklum, terima kasih.

Friday, February 17, 2012

Pelaksanaan Peperiksaan Dalaman 2012 Daerah Pasir Gudang

Perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sehubungan dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian, JPNJ dan PPD, peperiksaan dalaman yang bakal diadakan adalah tidak disetarakan.

 

Pihak sekolah boleh melaksanakan peperiksaan dalaman mengikut tarikh yang telah ditetapkan mengikut persetujuan yang telah ditetapkan sendiri mengikut ketetapan yang telah diberikan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Bagi pelaksanaan Peperiksaan Pertengahan Tahun, pihak sekolah baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah, pelaksanaan peperiksaan mestilah dilaksanakan sebelum 15hb Mei 2012. Ini bagi memberi laluan bagi pihak sekolah melaksanakan perayaan Hari Guru yang akan diadakan pada 16hb Mei 2012.

 

Harap maklum, terima kasih.

Thursday, February 16, 2012

Bidang Tugas Setiausaha Peperiksaan Dalaman - APDM Dan SAPS


Taklimat yang telah diadakan bagi guru data sekolah rendah di UNIKL


Satu sessi taklimat telah diadakan dan dihadiri oleh semua guru data sekolah rendah daerah Pasir Gudang. Taklimat tersebut telah diberikan oleh Encik Kairul Annuar Abd Aziz daripada JPNJ.

Hasil dariapada taklimat yang telah diberikan, didapati bahawa Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) atas talian ini akan dijadikan sebagai satu pangkalan data rasmi bagi semua data murid bagi semua sistem atas talian tidak lama lagi. Dan ini termasuklah bagi sistem SAPS dan juga SPPBS.

Sistem ini akan dilaksanakan bagi semua sekolah baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Dan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah, ianya dipertanggungjawabkan keatas Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan Hem, Guru Data dan Guru Kelas.

Dan selepas ianya dilaksanakan, beban peranan setiausaha peperiksaan dalaman terhadap SAPS akan dikurangkan. Setiausaha peperiksaan dalaman hanya akan dipertanggungjawabkan dalam memastikan data peperiksaan pelajar diisi dengan sebaik-baiknya oleh guru kelas dan guru matapelajaran.

Manakala guru data akan memastikan data maklumat diri pelajar dikemaskinikan dengan baik oleh beliau dan juga guru kelas supaya proses kemasukan markah pelajar dapat berjalan dengan lancar.

Pelaksanaan Ujian 1 Bagi Tingkatan 1 Sekolah Menengah

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, jika terdapat sekolah yang ingin melaksanakan ujian bulanan 1 bagi tingkatan 1, pihak Unit Penilaian Dan Peperiksaan tidak menghalang tetapi pihak sekolah perlu bermesyuarat dalam Jawatankuasa PBS Sekolah dan diminitkan untuk dijadikan sebagai punca kuasa.

Harap maklum, terima kasih.

Monday, February 13, 2012

Pelaksanaan Ujian Bulanan 1 2012

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan tarikh akhir pelaksanaan bagi Ujian Bulanan 1 sepertimana yang telah dipaparkan pada post yang terdahulu.

Pihak sekolah diminta untuk melaksanakan ujian tersebut sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Dan tarikh tutup pengisian markah ke dalam SAPS adalah sepertimana yang telah ditetapkan iaitu;

- Tahun 3 hingga 6 (Sekolah Rendah) pada 23 Mac 2012

- Peralihan, Tingkatan 2 - 5, Tingkatan 6 atas (Sekolah Menengah) pada 30 Mac 2012.

Harap maklum, terima kasih.

Saturday, February 11, 2012

Kemasukan Data Pelajar Di Dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid Atas Talian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru.

Untuk makluman, pengisian data pelajar bagi SAPS dan SPPBS bukan lagi menggunakan aplikasi SMM tetapi telah ditukar kepada Aplikasi Pangkalan Data Murid Atas Talian seperti di bawah ini.


Sistem aplikasi ini boleh diakses di url  iaitu http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/ . Untuk pengetahuan setiausaha peperiksaan, pengisian data pelajar ini adalah ditugaskan kepada guru data dan setiausaha peperiksaan digalakkan membantu bagi memudahkan pengisian data ini berjalan dengan baik.

Untuk mengakses bagi pengisian data sekolah, cikgu hendaklah menggunakan kod sekolah diruang nama pengguna dengan huruf besar. Dan meletakkan perkataan 'sekolah' diruang katalaluan menggunakan huruf kecil. dan seterusnya tekan butang Log Masuk.


Untuk lebih memahami bagaimana pengisian data pelajar dilakukan, cikgu adalah dinasihatkan untuk memuat turun dahulu manual pengguna yang boleh diperolei di bahagian utiliti dan seterusnya pada menu muat turun. Cikgu juga adalah digalakkan untuk memuatturun borang data murid dan perbanyakkannya dan seterusnya diberikan kepada pelajar untuk diisi.

Borang data pelajar yang telah lengkap akan memudahkan cikgu untuk membuat pengisian pada data atas talian kelak.



Perlu diingatkan bahawa tarikh tutup pengisian data pelajar atas talian ini adalah pada 24hb Februari. Maka cikgu perlu menggunakan kebijaksanaan dan kemudahan yang terdapat di sekolah bagi mempercepatkan pengisian data ini dilakukan.