Pages

Monday, December 20, 2010

e-bank item JPNJ


Latar Belakang

Pada tahun 2009, Bank Soalan yang dimasukkan ke dalam laman web Jabatan Pelajaran Johor dengan nama e-item (Bank Soalan) telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada penyumbang=penyumbang soalan daripada guru-guru sekolah di negeri Johor secara sukarela setelah edaran dibuat ke semua sekolah.



Pada peringkat awal ruangan ini hanya dapat mengumpulkan soalan-soalan daripada sekolah rendah sahaja. Ini kerana ruangan sekolah menengah masih diperingkat pembinaan.

Oleh kerana ruangan ini menerima sambutan muat turun yang sangat menggalakkan daripada pengguna-pengguna dan terdapat sekolah dan personal yang meminta ianya diperkemaskan lagi dan diperkembangkan kepada soalan-soalan menengah maka kertas cadangan penambahbaikan ini dibuat dengan harapan ia menjadi satu alternatif kepada guru dan pelajar seterusnya menjadi salah satu medium yang boleh dikongsi oleh semua pendidik untuk mendapatkan item yang berkualiti.



Strategi Pelaksanaan

Semua perkara di bawah ini akan dihebahkan melalui surat edaran atau ruangan pemberitahuan di dalam laman web jabatan;

1. Setiap daerah akan diberikan subjek yang berlainan mengikut tingkatan atau darjah.

2. Mewajibkan setiap sekolah menghantar soalan mengikut matapelajaran yang telah ditetapkan mengikut daerah masing-masing.



klik pada gambar untuk pembesaran

3. Sekolah akan diberikan nama subjek, tingkatan atau darjah

4. Senarai ini akan dirujuk kepada pembina soalan daerah (JKD) tahun 2010.

5. Semua soalan akan dihantar mengikut format tertentu (Words 2003-97 atau 2007) melalui e-mail pegawai peperiksaan dalaman (uppppdpg@yahoo.com)

6. Tempoh tertentu diberikan kepada sekolah untuk menghantar item masing-masing.

7. Soalan yang telah diterima akan ditapis melalui jawatankuasa penapisan untuk menjaga kebolehpercayaan yang tinggi.

8. Item yang sudah melepasi tapisan akan dimasukkan ke dalam ruangan e-item di laman web Jabatan Pelajaran Johor


9. Sekolah akan dihubungi dari masa ke semasa sekiranya gagal menghantar item yang dikehendaki.

10. Nama sekolah akan dipaparkan bersama tajuk setiap subjek yang disenaraikan di halaman e-bank item.