Saya dapati kebanyakan sekolah masih lagi keliru dalam pengisian markah Saringan Khas Linus di dalam Sistem Atas Talian SAPS.
Setakat hari ini iaitu pada pukul 10.00 pagi, 25hb Mei hari Rabu, masih lagi semua sekolah masih lagi belum membuat pengesahan markah sekolah masing-masing.
Sebenarnya pengisian markah ini melibatkan guru matapelajaran dan setiausaha peperiksaan dalaman. Baiklah, kita akan bercerita peranan guru matapelajaran dahulu.
Login sebagai guru matapelajaran dan masuk pada peperiksaan Saringan Linus Khas 1.
Sebagai contoh saya login sebagai guru matapelajaran di SK Senibong. Jika cikgu bertindak sebagai guru kelas cikgu juga berkemungkinan mengajar. Maka, pergi ke menu guru matapelajaran dan tekan pada menu Markah Peperiksaan Linus.
Paparan menu markah peperiksaan linus akan dipaparkan. Pastikan status butang pengisian markah bagi matapelajaran sebagai contoh disini Bahasa Melayu Pemahaman telah pun bertukar dari warna merah kepada hijau.
Jika butang tersebut masih lagi merah, klik pada matapelajaran tersebut.
Dan isikan markah bagi setiap pelajar tersebut.
Guru matapelajaran juga adalah diminta untuk memastikan status butang pengisian TOV dan ETR bagi matapelajaran yang cikgu ajar telah pun bertukar dari warna merah kepada hijau. Jika semua prosedur ini telahpun cikgu lakukan, maka peranan cikgu sebagai guru matapelajaran telahpun selesai.
Maka sekarang, tibalah pula peranan setiausaha peperiksaan dalaman memainkan peranannya pula.
Perkara pertama peranan setiausaha peperiksaan dalaman adalah memastikan memastikan semakan kemasukan markah Linus sekolahnya.
Pertama, pergi ke Menu Semakan dan ambil arahan Semak Key-in Markah Linus.
Paparan semak key-in markah Linus akan dipaparkan. Klik pada pilihan darjah kepada darjah 3 dan seterusnya tekan butang hantar.
Paparan senarai semak kemasukan data linus akan dipaparkan. Pastikan setiap matapelajaran yang ada butangnya telahpun bertukar menjadi warna hijau. Jika tidak sila hubungi guru matapelajaran yang bertanggungjawab.
Jika semuanya telahpun selesai, cikgu boleh menekan butang cetak bagi disimpan salinan cetakkannya ke dalam fail rujukan cikgu.
Dan seterusnya cikgu perlu menekan butang Sila Klik Untuk Pengesahan Tahun Tiga. Setiausaha peperiksaan perlu melakukan perkara ini bagi memastikan butang pengisian markah di paparan pengesahan kemasukan markah butang Tahun 3 menjadi hijau seperti mana yang terdapat pada gambar di bawah.
Setelah membuat pengesahan markah dan mencetak surat pengesahan markah dan disahkan oleh pihak pentadbir, tugas terakhir cikgu adalah menekan butang Proses Markah Peperiksaan.
Jika segala prosedur ini telahpun cikgu lakukan, maka tugas cikgu bagi kali ini telah pun selesai. Ingin diingatkan pada guru matapelajaran dan setiausaha peperiksaan dalaman SK Senibong, contoh yang saya berikan di atas masih lagi belum cikgu laksanakan. Didapati butang pengisian markah dan pengesahan markah sekolah cikgu masih lagi merah. Contoh di atas sengaja saya hijaukan bagi menjadikan contoh bagi menyenangkan para guru sekolah lain memahami bagaimana pengisian markah saringan khas linus dilakukan.
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.