Pages

Wednesday, March 2, 2011

Pendaftaran Masuk Peperiksaan SPM (November/Disember) 2011 - Calon Persendirian Perseorangan











Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Pendaftaran masuk peperiksaan SPM (November / Disember) 2011 bagi calon persendirian perseorangan akan bermula dari 1 Mac 2011 hingga 31 Mac 2011.

Sehubungan itu, bagi calon persendirian perseorangan SPM (november/Disember) 2011, yang ingin mendaftar bolehlah mendapatkan maklumat terperinci mengenai panduan dan peraturan peperiksaan SPM 2011 berserta borang pendaftaran di Jabatan Pelajaran Negeri Johor (Sektor Penilaian Dan Peperiksaan) atau Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang (Unit Penilaian Dan Peperiksaan). Tuan/puan boleh memuat turun ringkasan maklumat pendaftaran untuk tindakan :

   Lampiran A, A1
   Berkaitan arahan dan prosedur pendaftaran
   Lampiran B
   Senarai pusat SPM (Nov/Dis) 2011
   Lampiran C
   Senarai semak dokumen yang perlu dihantar bersama borang pendaftaran.
   Lampiran D
   Panduan mengisi Sampul PosDAFTAR


Muat turun klik - "Disini"

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor di nombor 07-2332209, 2207, 2206, dan 2205 untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.