Pages

Wednesday, June 30, 2010

Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3 2010 (Baru)

Jika terdapat sebarang kesulitan didalam mengambil analisis peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan tiga, cikgu boleh memuat turun analisis yang dihantar ke jabatan.

Cikgu boleh memuat turun "disini" atau di bahagian pautan bahan.

Adnan Bin Ismail
30.6.2010

Tuesday, June 29, 2010

Aplikasi SAP45 (260610) - Terkini

Tuan/puan boleh memuat turun sistem aplikasi ini disini atau dibahagian pautan bahan.

Sistem aplikasi ini merupakan pembaikan daripada sistem SAP45 yang terdahulu.

Moga dengan adanya sistem aplikasi ini dapat meringankan masalah tuan/puan.

Terima kasih.

Monday, June 28, 2010

Analisis Pencapaian UPPM2 UPSR 2010 Negeri Johor

Analisis ini didalam bentuk persembahan powerpoint dan boleh diperolehi dengan mengklik disini atau di bahagian pautan bahan.

Analisis untuk pencapaian Tingkatan 3 dan 5 negeri Johor akan diperolehi tidak lama lagi.

Adnan Bin Ismail
28 Jun 2010

Saturday, June 26, 2010

Analisis SAP Pertengahan Tahun Tingkatan 5

Tuan/puan boleh memuat turun analisis ini disini atau di pautan bahan.

Analisis ini hanya untuk daerah Pasir Gudang sahaja dan bukan analisis keseluruhan Johor.

Friday, June 25, 2010

Kutipan Data SAP Tingkatan 5

Terima kasih saya ucapkan kepada semua setiausaha peperiksaan dalaman kerana telah berusaha menyiapkan data peperiksaan pertengahan tahun.

Data terakhir diperolehi pada pukul 5.30 petang. Ini menunjukkan bertapa cikgu Daerah Pasir Gudang tidak mengira masa sanggup datang ke PPD untuk menyerahkan data.

Tidak dapat dinafikan masa yang diberikan kepada setiausaha peperiksaan dalaman sangatlah terhad, tapi mereka datang ke Unit Penilaian dan Peperiksaan dengan muka yang ceria tanpa menunjukkan sebarang keletihan dan kemarahan.

Terima kasih cikgu, sekali lagi saya ucapkan bagi pihak kami diunit ini.

Thursday, June 24, 2010

Friday, June 18, 2010

Jadual Pengredan Pemarkahan Ujian Dan Peperiksaan 2010

Disini dilampirkan pengredan pemarkahan bagi ujian dan peperiksaan bagi tahun 2010

Anda boleh memuat turun fail MSExcel disini atau di bahagian pautan bahan

Adnan Bin Ismail
18.6.2010

Thursday, June 17, 2010

Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) 2010

Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) 2010 akan diadakan pada 22 dan 23.6.2010.

Bagi calon swasta, 2 buah pusat akan diadakan iaitu di SMK Johor Jaya 2 dan SMK Pasir Gudang 2.

Calon boleh mengakses dan memuat turun jadual waktu peperiksaan di laman web Lembaga Peperiksan Malaysia atau mengklik disini.

Calon juga boleh memuat turun jadual waktu peperiksaan di bahagian pautan bahan di dalam blog ini.

Borang Maklumat Setiausaha Peperiksaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Semua setiusaha peperiksaan dalaman dikehendaki mengisi Borang Maklumat Setiausaha Peperiksaan yang disertakan di sini.

Anda boleh memuat turun borang dengan menekan disini atau pada bahagian pautan bahan.

Borang yang telah siap, hendaklah dihantar ke PPD atau diemailkan ke uppppdpg@yahoo.com

Terima kasih.


Adnan Bin Ismail
17.6.2010

Friday, June 11, 2010

Muat Turun Sistem Aplikasi SAP45

Setiausaha peperiksaan boleh memuat turun Sistem Aplikasi SAP45.

Anda boleh memuat turun disini atau di bahagian pautan bahan.

Adnan Bin Ismail
PPPD Peperiksaan Dalaman
11.6.2010

Wednesday, June 9, 2010

Mesyuarat Pentaksir Kawasan KHB

Dimaklumkan satu mesyuarat Pentaksir Kawasan KHB bagi tujuan pemantauan akan diadakan pada minggu ke tiga bulan Jun.Untuk maklumat terkini tarikh tersebut sila layari laman web ini.Terimakasih.

En. Norazrin Zahari
UPP Pasir Gudang.

PTK SESI 1 JUN 2010

Dimakumkan bahawa peperiksaan PTK Sesi Jun sedang berlangsung dari 8 hingga 10 Jun 2010 di tujuh buah pusat peperiksaan.

UPP PPD Pasir Gudang ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga mencapai keputusan yang cemerlang kepada semua warga pendidik dan Staf Sokongan daerah Pasir Gudang. Selamat Maju Jaya.

Tuesday, June 8, 2010

UPPM2 Bagi Tahun 6

UPPM2 Tahun 6 bagi daerah Pasir Gudang boleh diperolehi sekarang. Sila klik pada pautan di sebelah kanan untuk mendapat bahannya.