Pages

Thursday, May 26, 2011

Manual Memuat Turun Fail Dari Laman 4shared


Pertama sekali saya mengucapkan ribuan maaf kerana kesulitan memuat turun fail ini melalui lamanweb PPD. Cikgu terpaksa memuat turun melalui Blog Penilaian & Peperiksaan.

Melalui post kali ini saya akan menerangkan cara bagaimana cikgu boleh memuat turun fail dengan menggunakan fail hosting 4shared. Kebiasaannya saya akan menggunakan ziddu, tetapi disebabkan terdapat
iklan sampingan didalamnya yang mengandungi unsur yang tidak baik, maka saya beralih menggunakan akaun 4shared pula.

Bila cikgu mengklik perkataan "Disini", secara spontan paparan monitor komputer cikgu akan beralih ke paparan perkongsian dan storan 4shared.

 
Cikgu perlu menunggu seketika sehingga rangkaian memuat turun fail dibenarkan.


Klik pada perkataan Muat turun fail sekarang.


Satu paparan kecil akan muncul membenarkan cikgu menyimpan fail yang diminta ke dalam komputer cikgu.


Klik pada butang - Save File.

Wednesday, May 25, 2011

Hari Terakhir Pengubalan Item 2011







Tuesday, May 24, 2011

Aplikasi SAP45 Dan SAPHC45 Terbaru Yang Boleh Dimuat turun

Tuan/puan boleh memuat turun aplikasi di atas dengan mengklik di bawah;

Aplikasi SAP45 Ver6.0 (240511) - "Disini"

Aplikasi SAPHC45 Ver6.0 (240511) - "Disini"

Kedua-dua aplikasi ini membolehkan pengiraan gred A+ dan sebagainya. Tuan/puan perlu menggunakan sistem ini apabila menghantar keputusan peperiksaan pertengahan tahun ke PPD nanti.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih.

Monday, May 23, 2011

Sesi Malam Pengubalan Item Peperiksaan Percubaan 2011






Penghantaran Data SAP Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 Sekolah Rendah

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu tuan/puan dikehendaki hadir seperti ketetapan di bawah;

Tarikh      :     15hb Jun 2011 (Rabu)
Masa       :     8.30 pagi
Tempat    :     Bilik Seminar
                     SK Kota Puteri 4

Tuan/puan juga dikehendaki membawa bersama-sama perkara di bawah:

1.  Disket yang mengandungi data SAP Peperiksaan Pertengahan Tahun
2.  Laptop dan wayar penyambung
3.  Salinan cetakan keseluruhan dengan pengesahan guru besar.

Jika terdapat sebarang kesulitan, sila hubungi En. Adnan di talian 0137147933, terima kasih.

Taklimat Pembinaan Item Setara Peperiksaan Percubaan PMR, SPM Dan STPM 2011 - PLGDP Bandar Tenggara, Kulai




Thursday, May 19, 2011

Pengumpulan Data SAP Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011


Peringatan bagi penghantaran data Peperiksaan Pertengahan Tahun adalah seperti ketetapan di bawah;

Tarikh     :     16hb Jun 2011 (Khamis)
Tempat   :      Bilik Mesyuarat 1
                     PPD Pasir Gudang
Masa      :      8.30 pagi

Keperluan ketika menghadiri pengumpulan data;

1. 6 keping disket berasingan yang mengandungi data Kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5
2. Laptop beserta wayar penyambung.
3. Hadir tepat pada waktunya untuk mendapat maklumat yang terkini

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat-amat kami alukan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila telefon En. Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih.

Sunday, May 8, 2011

Lagu Tema Hari Guru 2011



GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
(Tempo = 120)


BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM

Muat Turun:
  1. Lagu Tema dengan Vokal
  2. Lagu Tema Instrumental
  3. Lagu Tema Minus One
  4. Score Music (Format cpw)
Nota:[ Klik Kanan> Save Target/Link As] jika klik kiri tidak memuat turun fail bekaitan.