Pages

Thursday, February 10, 2011

Program Pemantauan Terancang PBS Dan Peperiksaan Dalaman


Pada 9hb Februari iaitu semalam, pemantauan telah dibuat keatas 2 buah sekolah rendah iaitu SJKT Pasir Gudang dan SK Taman Cendana.


Didalam pemantauan yang telah dilakukan, banyak pendedahan tentang pelaksanaan SPPK dapat diberikan kepada guru-guru yang mengajar tahun 1.


Bagi peperiksaan dalaman, tinjauan terhadap pelaksanaan bilik operasi peperiksaan telah dilakukan. Tunjukajar tentang perkara-perkara yang perlu ada di dalam bilik operasi juga telah diberikan kepada setiausaha peperiksaan dalaman dan awam.

 
Para guru besar dan setiausaha peperiksaan digesa untuk memperkemas dan melengkapkan bilik operasi peperiksaan masing-masing bagi dicalonkan untuk bilik operasi dan setiausaha peperiksaan cemerlang.



Didalam lawatan yang dibuat terhadap SJKT Pasir Gudang dan SK Taman Cendana, kerjasama  yang amat baik telah diberikan oleh guru besar sekolah tersebut. Taklimat yang berkesan dapat diberikan oleh pegawai Unit Penilaian Dan Peperiksaan sepanjang lawatan diadakan.



Kami di Unit Penilaian Dan Peperiksaan , Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang mengucapkan ribuan terima kasih terhadap para pentadbir dan para guru kerana memberi kerjasama yang amat baik sepanjang kami di sana.