Pages

Tuesday, July 26, 2011

Kemasukan Markah Peperiksaan Percubaan UPSR 2011 Pada Sistem Aplikasi SAPR16

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Disebabkan Sistem SAPS Atas Talian yang tidak baik, maka tuan/puan dikehendaki menggunakan Aplikasi SAPR16 untuk memasukkan markah Peperiksaan Percubaan UPSR.
Pengisian markah peperiksaan percubaan ini juga perlu dilakukan pada SAPS apabila sistem tersebut telah diperbetulkan.

Segala kesulitan yang berlaku amat dikesali dan disusuli dengan ribuan kemaafan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih.

Saturday, July 23, 2011

Pembukaan Pendaftaran Import DATAHEM.ZIP Pelajar Di SAPS

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu tuan/puan boleh menimport data pelajar ke dalam SAPS mulai hari ini iaitu Sabtu 23.7.2011 (9.00 pagi) hingga pada hari Ahad 24.7.2011.

Terima kasih.

Wednesday, July 20, 2011

DATAHEM.ZIP 22 Buah Sekolah Menengah Yang Telah Dibetulkan Dan Boleh Dimuat Turun

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu sekolah-sekolah yang disenaraikan di bawah diminta untuk memuat turun DATAHEM.ZIP yang telah diperbetulkan dan melakukan proses import ke dalam aplikasi SAPS Online sepertimana yang telah dibengkelkan tempohari.


1. JFT1001 - MADRASAH AL-ATAS
2. JEE1005 - SMK DATO PENGAWA TIMUR
3, JEA1078 - SMK KOTA MASAI
4. JEA1092 - SMK KOTA MASAI 2
5. JEA1060 - SMK KOTA PUTERI
6. JEA1063 - SMK BANDAR SERI ALAM
7. JEA1066 - SMK PASIR PUTIH
8. JEA1083 - SMK PERMAS JAYA 3
9. JEA1071 - SMK SERI KOTA PUTERI 2
10. JEA1094 - SMK SUNGAI TIRAM
11. JEA1053 - SMK TAMAN DAYA
12. JEA1074 - SMK TAMAN DAYA 2
13. JEA1057 - SMK TAMAN DESA JAYA
14. JEA1080 - SMK TAMAN DESA TEBRAU
15. JEA1045 -  SMK TAMAN JOHOR JAYA 1
16. JEA1073 - SMK TAMAN MEGAH RIA
17. JEA1067 - SMK TAMAN MOLEK
18. JEA1081 - SMK TAMAN PELANGI INDAH
19. JEA1064 - SMK TAMAN RINTING 2
20. JEE1011 - SMK ULU TIRAM
21. SMK TAMAN MOUNT AUSTIN
22. SMK TAMAN JOHOR JAYA 2

Tuan/puan boleh memuat turun fail DATAHEM.ZIP sekolah masing-masing di Blog Penilaian & Peperiksaan mulai dari sekarang dengan mengklik - "Disini"

Terima Kasih

Saturday, July 2, 2011

SAPS ONLINE

Salam 1 Malaysia kepada semua setiausaha peperiksaan dalaman baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Pada artikel kali ini ingin saya memberi makluman yang amat penting kepada semua sekolah daerah Pasir Gudang bahawa pelaksanaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah akan digunakan tidak lama lagi.


Penerangan di peringkat Negeri Johor kepada pegawai JPN dan PPD telahpun dilaksanakan pada 30 hingga 1 Julai 2011 lepas di Melaka. Dan bengkel di peringkat daerah Pasir Gudang akan dilakukan tidak lama lagi di PPD Pasir Gudang.

Didalam bengkel ini nanti, semua setiausaha peperiksaan dalaman akan dipanggil untuk mendaftarkan diri sebagai admin bagi sekolah mereka dan seterusnya mendaftarkan guru kelas dan guru matapelajaran. Satu perkara yang amat menarik sekali di dalam sistem ini adalah setiap guru matapelajaran dan guru kelas akan memainkan peranan di dalam memasuk dan memastikan data berkaitan dengan pelajar mereka dimasukkan.

Jadi peranan setiausaha peperiksaan dalaman adalah memastikan guru kelas dan guru matapelajaran menjalankan tugas mereka masing-masing. Jika mereka telah melakukan tugas dengan betul, butang sekolah akan bertukar warna dari merah ke hijau. Maka pegawai PPD peperiksaan dalaman akan memastikan setiap sekolah telah melakukan tanggungjawab mereka masing-masing.

Untuk lebih pemahaman dalam melaksanakan SAPS ini, tuan/puan boleh memuat turun manual pengguna di atas dengan mengklik - "Disini"