Pages

Tuesday, March 29, 2011

Peringatan Soalan E-Bank Item

Perkara di atas adalah dirujuk.

Tuan/puan diminta supaya menghantar soalan dalam bentuk Word 2003 atau 2007 dan bukan dalam bentuk yang lain.

Terdapat banyak sekolah telah menghantar soalan kepada saya tidak mempunyai JSI dan skema jawapan. Sekolah-sekolah tersebut akan saya senaraikan apabila semua sekolah telah saya semak. Sebagai contoh SK Senibong tidak menghantar kepada saya skima jawapan dan juga JSI. Manakala SMK Pasir Gudang 2 menghantar soalannya bukan dalam bentuk Word tetapi meng'copy' soalan tersebut kedalam kotak dialog yahoo meseg tanpa skima jawapan dan juga JSI.

Diharap mana-mana sekolah yang telah melakukan kesilapan supaya dapat memperbetulkannya.Dan mana-mana sekolah yang masih lagi belum menghantar soalan supaya dapat menghantar soalan dengan seberapa segera.

Terima kasih.

Monday, March 28, 2011

Keputusan Terkini Analisis Peperiksaan UPPM1 2011 Daerah Pasir Gudang









Disebabkan terdapat permintaan daripada SK Permas Jaya 3 untuk membetulkan datanya, maka pembetulan bagi analisis SAP perlu diperbetulkan.

Tuan/puan boleh memuat turun SAP di atas dengan mengklik - "Disini"

Saturday, March 26, 2011

Sekolah Yang Masih Lagi Belum Menghantar Maklum Balas Pemantauan Peperiksaan Dalaman

Disini disenaraikan sekolah-sekolah yang masih lagi belum menghantar maklum balas pemantauan peperiksaan dalaman.

1. SMK Seri Kota Puteri 2
2. SK Kangka Tebrau
3. SK Pasir Gudang 2
4. SK Ulu Tiram
5. SK Taman Pasir Putih
6. SK Pasir Putih

Tuan/puan boleh menggunakan Borang maklum balas PK03-1 yang disediakan bersama-sama disini.


Untuk muat turun, sila klik - "Disini"

Friday, March 25, 2011

Pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR mulai Tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 pada 2012


Tuan/puan boleh memuat turun persembahan powerpoint ini - "Disini"

Borang Maklum Balas Pemantauan Peperiksaan Dalaman Dan PBS


Setiap kali pemantauan yang telah dilakukan oleh pegawai PPD ke atas sekolah dan ianya memerlukan maklum balas daripada pihak sekolah 14 hari setelah pemantauan dilakukan, tuan/puan boleh menggunakan borang yang disediakan di atas untuk dihantar ke PPD.

Tuan/[uan boleh memuat turun borang ini - "Disini"

Wednesday, March 23, 2011

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2010


Analisis keputusan peperiksaan SPM 2010 peringkat Pasir Gudang boleh diperolehi dengan mengklik - "Disini"

Analisis ini diletakkan didalam WinRAR. Maka tuan/puan perlu mempunyai aplikasi tersebut untuk membuka analisis tersebut.

Thursday, March 10, 2011

PENUNDAAN TARIKH PENGUMPULAN DATA SAPR UPPM1 2011











Perkara di atas adalah dirujuk.

Diatas permintaan ramai setiausaha peperiksaan supaya menundakan tarikh pengumpulan data, maka pihak Unit Penilaian Dan Peperiksaan telah menetapkan ketetapan seperti berikut;

Tarikh    :   24 Mac 2011
Hari       :   Khamis
Masa     :   8.30 pagi
Tempat  :  Bilik Seminar, SK Kota Puteri 4

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta membawa bersama;

1. Hasil cetakan keseluruhan dengan pengesahan guru besar
2. Disket mengandungi data SAPR
3. Laptop
4. Wayar Penyambung.

Tarikh yang tertera di atas adalah tetap dan tuan/puan diminta hadir tepat pada masanya bagi menjamin pengumpulan data ini dapat berjalan dengan lancar.

Terima kasih.

PENGUMPULAN DATA SAPR UPPM1 2011











Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki menghadirkan diri seperti ketetapan di bawah;

Tarikh    :   22 Mac 2011
Hari       :   Selasa
Masa     :   8.30 pagi
Tempat  :  Bilik Seminar, SK Kota Puteri 4

Keperluan semasa menghadirkan diri;

1. Printout keputusan keseluruhan dengan pengesahan guru besar
2. Disket data SAPR
3. Laptop
4. Wayar penyambung.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih.

Penghantaran Soalan Untuk E-Bank Item


Setakat pukul 12 tengahari ini, saya dapati hanya satu sekolah sahaja yang telah menghantar soalan ke email Unit Penilaian Dan Peperiksaan.

Cikgu diminta jangan menghantar soalan ke email ksoalan@yahoo.com tetapi terus ke email UPP iaitu :


Jika terdapat masalah didalam menguploadkan soalan, cikgu juga boleh menggunakan cd dan dihantar ke UPP.

Wednesday, March 9, 2011

Taklimat Pendaftaran Dan Pengurusan SPM 2011

 Taklimat diadakan pada hari ini di Bilik Seminar, SK Kota Puteri 4. Taklimat ini dihadiri oleh semua setiausaha peperiksaan SPM yang terdiri daripada 35 buah sekolah menengah daerah Pasir Gudang.

Taklimat ini diberikan oleh pegawai dari Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor iaitu Encik Mohd Suhaimi Bin Mohd Sanusi (Penolong Pengarah DG44 SPM) dan Encik Yahya Bin Mohamed (Penolong Pengarah DG44 PBS).

Monday, March 7, 2011

Penghantaran Soalan Ujian Dan Peperiksaan Untuk E-Bank Item











Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki menghantar soalan dalam bentuk 'Softcopy' kepada email Unit Penilaian Dan Peperiksaan beserta nama sekolah. Soalan hendaklah dalam format word 2003 atau 2007.

Perlu dingatkan kepada tuan/puan bahawa soalan yang dihantar tidak boleh diimbas (scan) dari bentuk 'Hardcopy'. Soalan yang telah siap boleh dihantar diemail - uppppdpg@yahoo.com

Sekolah yang tidak menghantar soalan kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 28hb Mac 2011 (Isnin) akan dihubungi.

Di bawah ini diletakkan soalan bagi matapelajaran yang perlu tuan/puan hantar bagi daerah Pasir Gudang.


PEPERIKSAAN SETARA UPPM 1 TAHUN 6 NEGERI JOHOR 2011











Guru Besar,
Semua Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor
JOHOR
 
 
Tuan,
 
PEPERIKSAAN SETARA UPPM 1 TAHUN 6 NEGERI JOHOR 2011
 
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Setara UPPM 1 Tahun 6 akan diadakan mulai 8 Mac hingga 10 Mac 2011. Bersama-sama ini disertakan Jadual Waktu Peperiksaan untuk tindakan. Sekiranya terdapat masalah berkaitan dengan Jadual Waktu, sila rujuk pada Pengerusi Majlis Guru Besar daerah masing-masing atau Encik Md. Nordin bin Ismail di talian No. H/P. 013-7428733
 
3.         Sehubungan itu, disertakan senarai nama Pegawai Perhubungan mata pelajaran untuk rujukan jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan soalan peperiksaan.           
Ianya disertakan bersama-sama pengedaran soalan.
 
Sekian, terima kasih.
 
`BERKHIDMAT UNTUIK NEGARA `
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
 - sudah di tandatangani-
( HAJI MARKOM BIN GIRAN )
Pengarah Pelajaran Johor
 
 
s.k: Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
        Pegawai Pelajaran Daerah Johor
 
Muat turun Jadual

Himpunan Aplikasi SAP Terkini Yang Boleh Dimuat Turun











Disini disenaraikan Aplikasi SAP yang terkini yang boleh dimuat turun. Cikgu boleh memuat turun aplikasi ini dengan mengklik perkataan "Disini" pada penghujung setiap aplikasi di bawah ini.

Aplikasi SAPR16 (020810) - "Disini"

Aplikasi SAP123 (020810) - "Disini"

Aplikasi SAP45 (300910) - "Disini"

Wednesday, March 2, 2011

Pendaftaran Masuk Peperiksaan SPM (November/Disember) 2011 - Calon Persendirian Perseorangan











Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Pendaftaran masuk peperiksaan SPM (November / Disember) 2011 bagi calon persendirian perseorangan akan bermula dari 1 Mac 2011 hingga 31 Mac 2011.

Sehubungan itu, bagi calon persendirian perseorangan SPM (november/Disember) 2011, yang ingin mendaftar bolehlah mendapatkan maklumat terperinci mengenai panduan dan peraturan peperiksaan SPM 2011 berserta borang pendaftaran di Jabatan Pelajaran Negeri Johor (Sektor Penilaian Dan Peperiksaan) atau Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang (Unit Penilaian Dan Peperiksaan). Tuan/puan boleh memuat turun ringkasan maklumat pendaftaran untuk tindakan :

   Lampiran A, A1
   Berkaitan arahan dan prosedur pendaftaran
   Lampiran B
   Senarai pusat SPM (Nov/Dis) 2011
   Lampiran C
   Senarai semak dokumen yang perlu dihantar bersama borang pendaftaran.
   Lampiran D
   Panduan mengisi Sampul PosDAFTAR


Muat turun klik - "Disini"

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor di nombor 07-2332209, 2207, 2206, dan 2205 untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, March 1, 2011

Maklum Balas Tindakan Yang Telah Diambil Oleh Pihak Sekolah Selepas Pemantauan

 
Tindakan maklum balas perlu dilakukan terhadap perkara yang ditandakan pada ruangan 'Tiada'

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu menghantar maklum balas pemantauan yang telah dilakukan ke atas sekolah. Setakat ini pihak UPP belum lagi menerima maklum balas dari pihak sekolah selepas pemantauan dibuat.

Disini disenaraikan sekolah-sekolah yang belum lagi menghantar maklum balas pemantauan.

1. SK Kangka Tebrau
2. SK Taman Mount Austin
3. SMK Felda Ulu Tebrau
4. SK LKTP Ulu Tebrau
5. SJKT Pasir Gudang
6. SK Permas Jaya 1
7. SK Seri Kota Puteri 4
8. SK Johor Jaya 5
9. SK Pasir Putih
10. SK Taman Pasir Putih
11. SK Cahaya Baru
12. SK Pasir Gudang 1
13. SMK Ulu Tiram
14. SK Ulu Tiram

Surat maklum balas terhadap pemantauan boleh dihantar ke UPP atau ke email - uppppdpg@yahoo.com. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi En. Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933 atau 07-3861006 sambungan 307.  


KPPK - Pemulangan Tuntutan Perjalanan Yang Tidak Dapat Dibayar Tahun 2010