Pages

Monday, March 7, 2011

Penghantaran Soalan Ujian Dan Peperiksaan Untuk E-Bank Item











Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki menghantar soalan dalam bentuk 'Softcopy' kepada email Unit Penilaian Dan Peperiksaan beserta nama sekolah. Soalan hendaklah dalam format word 2003 atau 2007.

Perlu dingatkan kepada tuan/puan bahawa soalan yang dihantar tidak boleh diimbas (scan) dari bentuk 'Hardcopy'. Soalan yang telah siap boleh dihantar diemail - uppppdpg@yahoo.com

Sekolah yang tidak menghantar soalan kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 28hb Mac 2011 (Isnin) akan dihubungi.

Di bawah ini diletakkan soalan bagi matapelajaran yang perlu tuan/puan hantar bagi daerah Pasir Gudang.


PEPERIKSAAN SETARA UPPM 1 TAHUN 6 NEGERI JOHOR 2011











Guru Besar,
Semua Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor
JOHOR
 
 
Tuan,
 
PEPERIKSAAN SETARA UPPM 1 TAHUN 6 NEGERI JOHOR 2011
 
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Setara UPPM 1 Tahun 6 akan diadakan mulai 8 Mac hingga 10 Mac 2011. Bersama-sama ini disertakan Jadual Waktu Peperiksaan untuk tindakan. Sekiranya terdapat masalah berkaitan dengan Jadual Waktu, sila rujuk pada Pengerusi Majlis Guru Besar daerah masing-masing atau Encik Md. Nordin bin Ismail di talian No. H/P. 013-7428733
 
3.         Sehubungan itu, disertakan senarai nama Pegawai Perhubungan mata pelajaran untuk rujukan jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan soalan peperiksaan.           
Ianya disertakan bersama-sama pengedaran soalan.
 
Sekian, terima kasih.
 
`BERKHIDMAT UNTUIK NEGARA `
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
 - sudah di tandatangani-
( HAJI MARKOM BIN GIRAN )
Pengarah Pelajaran Johor
 
 
s.k: Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
        Pegawai Pelajaran Daerah Johor
 
Muat turun Jadual

Himpunan Aplikasi SAP Terkini Yang Boleh Dimuat Turun











Disini disenaraikan Aplikasi SAP yang terkini yang boleh dimuat turun. Cikgu boleh memuat turun aplikasi ini dengan mengklik perkataan "Disini" pada penghujung setiap aplikasi di bawah ini.

Aplikasi SAPR16 (020810) - "Disini"

Aplikasi SAP123 (020810) - "Disini"

Aplikasi SAP45 (300910) - "Disini"