Pages

Tuesday, July 31, 2012

PENGAMBILAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012

Sehubungan dengan itu tuan/puan dikehendaki hadir pada ketetapan berikut;
Tarikh.   :    2 Ogos 2012 (Khamis)
Masa.    :    8.30 Pagi

Tempat :    Dewan Seminar, SK Seri Kota Puteri 4
Tuan/puan dikehendaki hadir tepat pada masanya untuk memastikan kelancaran perjalanan majlis.
Harap maklum, terima kasih.

SEKOLAH RENDAH YANG TELAH MENYEMPURNAKAN KEMASUKAN MARKAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012 - SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

Ucapan tahniah diberikan kepada sekolah di bawah ini kerana telah menyempurnakan pengisian markah Peperiksaan Percubaan UPSR di dalam aplikasi sistem atas talian SAPS.

1. SK DESA CEMERLANG
2. SK TAMAN PERMAS JAYA 3
3. SK TAMAN MOUNT AUSTIN
4. SK PASIR PUTEH (TERKINI 2.15 PETANG)
5. SK PASIR GUDANG 2 (TERKINI 2.15 PETANG)
6. SK SERI KOTA PUTERI (TERKINI 2.15 PETANG)
7. SJKT LADANG MOUNT AUSTIN (TERKINI 2.15 PETANG)

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

PENGESAHAN TOV/ETR TAHUN ENAM - SAPS

Kebanyakan sekolah rendah yang saya lihat kemasukan tov/etr masih belum dapat menyempurnakan pengisiannya.

Sepatutnya proses pengisian tersebut perlu dilakukan di awal tahun selepas sekolah menempuh alam persekolahan yang baru.

Masalah akan timbul apabila pengisian ini dilakukan dipertengahan tahun atau akhir tahun disebabkan bilangan pelajar yang didaftar awal tahun tidak sama dengan bilangan pelajar dipertengahan atau akhir tahun.

Setiausaha peperiksaan dalaman perlu perihatin dalam menyegerakan pengisian data tersebut secepat yang mungkin.




PENGHANTARAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012 KE UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu pihak JKD diminta menghantar soalan yang telah siap beserta skema jawapan ke Unit Penilaian Dan Peperiksaan pada hari ini.

Tuan/puan diminta untuk terus menghantar soalan dan skema ke UPP dan bukan ke unit lain bagi mengelak soalan dan skema tersebut hilang.

Kerjasama dipihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.