Pages

Saturday, February 11, 2012

Kemasukan Data Pelajar Di Dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid Atas Talian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru.

Untuk makluman, pengisian data pelajar bagi SAPS dan SPPBS bukan lagi menggunakan aplikasi SMM tetapi telah ditukar kepada Aplikasi Pangkalan Data Murid Atas Talian seperti di bawah ini.


Sistem aplikasi ini boleh diakses di url  iaitu http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/ . Untuk pengetahuan setiausaha peperiksaan, pengisian data pelajar ini adalah ditugaskan kepada guru data dan setiausaha peperiksaan digalakkan membantu bagi memudahkan pengisian data ini berjalan dengan baik.

Untuk mengakses bagi pengisian data sekolah, cikgu hendaklah menggunakan kod sekolah diruang nama pengguna dengan huruf besar. Dan meletakkan perkataan 'sekolah' diruang katalaluan menggunakan huruf kecil. dan seterusnya tekan butang Log Masuk.


Untuk lebih memahami bagaimana pengisian data pelajar dilakukan, cikgu adalah dinasihatkan untuk memuat turun dahulu manual pengguna yang boleh diperolei di bahagian utiliti dan seterusnya pada menu muat turun. Cikgu juga adalah digalakkan untuk memuatturun borang data murid dan perbanyakkannya dan seterusnya diberikan kepada pelajar untuk diisi.

Borang data pelajar yang telah lengkap akan memudahkan cikgu untuk membuat pengisian pada data atas talian kelak.



Perlu diingatkan bahawa tarikh tutup pengisian data pelajar atas talian ini adalah pada 24hb Februari. Maka cikgu perlu menggunakan kebijaksanaan dan kemudahan yang terdapat di sekolah bagi mempercepatkan pengisian data ini dilakukan.