Pages

Monday, October 1, 2012

TERKINI - PERUBAHAN TARIKH SEJARAH KERTAS 3 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SELARAS DENGAN ARAHAN JABATAN PELAJARAN JOHOR

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan pekeliling bertarikh 27 Sept 2012 yang telah dikeluarkan oleh Sektor Penilaian Dan Peperiksaan berkenaan dengan jadual waktu peperiksaan akhir tahun tingkatan 2 dan 4. Pihak Unit Penilaian Dan Peperiksaan masih lagi akan mengekalkan penggunaan jadual waktu yang dikeluarkan oleh pihak MPSM daerah.

Terdapat beberapa pindaan yang perlu dilakukan didalam jadual waktu yang sedia ada disebabkan perubahan tarikh peperiksaan Sejarah Kertas 3. Perubahan yang dibuat terpaksa dilakukan disebabkan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak JPNJ.

Perubahan ini hanya melibatkan jadual peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 sahaja.



TAHNIAH - SEKOLAH MENENGAH YANG TELAH MELENGKAPKAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 - SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

Tahniah diucapkan kepada sekolah yang disenaraikan di bawah kerana telah berjaya melengkapkan pengisian markah Peperiksaan Percubaan SPM didalam sistem atas talian SAPS.

1. SMK (FELDA) ULU TEBRAU
2. SMK BANDAR SERI ALAM
3. SMK DATO PENGAWA TIMUR
4. SMK KOTA MASAI
5. SMK PASIR GUDANG 2
6. SMK PERMAS JAYA
7. SMK PERMAS JAYA 3
8. SMK SERI ALAM 2
9. SMK SERI KOTA PUTERI 2
10. SMK TAMAN DESA TEBRAU
11. SMK MEGAH RIA
12. SMK TAMAN MOLEK

Segala usaha tuan/puan melengkapkan pengisian ini didahului dengan ucapan terima kasih dari kami di Unit Penilaian Dan Peperiksaan.

Harap maklum.