Pages

Wednesday, November 28, 2012

GPS KESELURUHAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 SEKOLAH RENDAH


Tuesday, November 27, 2012

GPS KESELURUHAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN 2 DAN 4 DAERAH PASIR GUDANG


UCAPAN TAHNIAH - PENGISIAN MARKAH PAT SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH - SAPS

Assalamualaikum dan salam sejehtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua sekolah rendah danb menengah kerana telah dapat menyelesaikan pengisian markah Peperiksaan Akhir Tahun 2012 di dalam aplikasi atas talian SAPS.

Mana-mana sekolah yang masih lagi belum menghantar surat pengesahan markah diminta untuk berbuat demikian bagi melengkapkan lagi prosedur pengisian SAPS bagi tahun ini.

Harap maklum.

Friday, November 23, 2012

23.11.2012 - SEKOLAH MENENGAH YANG MASIH LAGI BELUM MENYEMPURNAKAN PENGISIAN MARKAH PAT 2012 - SAPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disini disenaraikan sekolah menengah yang masih lagi belum menyempurnakan pengisian markah PAT dalam sistem atas talian SAPS.

Pihak sekolah diperingatkan supaya menyegerakan pengisian markah sebelum tarikh tutup pengisian bagi mengelak dari kesesakan sistem.

Kegagalan pihak sekolah dalam menyempurnakan pengisian akan menyebabkan terpaksa memberi tunjuk sebab kepada pihak NKRA, JPNJ dan PPD.

Harap maklum.



Monday, November 12, 2012

PENGHANTARAN SURAT PENGESAHAN KEMASUKAN MARKAH PAT TAHUN 2012 SEKOLAH MENENGAH - SAPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak sekolah yang telah menyempurnakan pengisian markah peperiksaan akhir tahun didalam aplikasi sistem atas talian SAPS dikehendaki menghantar surat pengesahan kemasukan markah ke Unit Penilaian Dan Peperiksaan dengan segera.

Surat pengesahan kemasukan ini (gambar di atas) boleh diemailkan ke email saya iaitu adnansmile@yahoo.com . Surat pengesahan kemasukan ini mestilah ditandatangan oleh pengetua sebelum diemailkan.

Harap maklum.


Saturday, November 10, 2012

UCAPAN TAHNIAH - SENARAI SEKOLAH MENENGAH YANG TELAH BERJAYA MEMBUAT PENGISIAN PAT 2012 - SAPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ucapan tahniah diberikan kepada sekolah menengah di atas kerana telah berjaya menyempurnakan pengisian markah PAT didalam aplikasi atas talian SAPS sebelum cuti sekolah bermula dan awal daripada tarikh tutupnya.

Semoga kecemerlangan ini akan berterusan untuk tahun seterusnya, insyaAllah.

Harap maklum.

Friday, November 9, 2012

SENARAI SEKOLAH RENDAH YANG MASIH LAGI BELUM MENGHANTAR SURAT PENGESAHAN KEMASUKAN MARKAH PAT TAHUN 2012 - SAPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Disini disenaraikan sekolah rendah yang masih lagi belum menghantar surat pengesahan kemasukan markah PAT;

1. SK SENIBONG
2. SK KONGKONG LAUT
3. SK ULU TIRAM
4. SK (FELDA) ULU TEBRAU
5. SK PERMAS JAYA 1
6. SK TAMAN RINTING 1
7. SK TAMAN RINTING 2
8. SK TMN JOHOR JAYA 3
9. SK TAMAN DAYA 3
10. SK TAMAN RINTING 3
11. SK KOTA MASAI
12. SK TAMAN PELANGI INDAH
13. SK KOTA MASAI 2
14. SK TAMAN NUSA DAMAI
15. SJKC FOON YEW 5
16. SJKC BAN FOO
17. SJKC CHEE TONG
18. SJKC NAM HENG BARU
19. SJKC JOHOR JAYA
20. SJKC PEI CHIH
21. SJKT LADANG SG PLENTONG
22. SJKT MASAI
23. SJKT PASIR GUDANG
24. SJKT DESA CEMERLANG

Pihak sekolah diminta menghantar surat pengesahan dengan seberapa segera sebelum pihak Unit Penilaian Dan Peperiksaan menghubungi guru besar sekolah.

Harap maklum.

Wednesday, November 7, 2012

SEKOLAH RENDAH YANG MASIH LAGI BELUM MENYELESAIKAN KEMASUKAN MARKAH PAT 2012 - SAPS


UCAPAN TAHNIAH - PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH MENENGAH - SAPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Ucapan tahniah diberikan kepada SMK SERI KOTA PUTERI 2 kerana telah berjaya menyempurnakan pengisian markah Peperiksaan Akhir Tahun bagi aplikasi sistem atas talian SAPS.

Semoga kecemerlangan ini akan berterusan ketahun seterusnya, insyaAllah.

Harap maklum.

Tuesday, November 6, 2012

SURAT PENGESAHAN KEMASUKAN MARKAH PAT TAHUN 2012 SEKOLAH RENDAH - SAPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Di sini disenaraikan sekolah yang telah menghantar surat pengesahan kepada Unit Penilaian Dan Peperiksaan.

1. SJKC PANDAN
2. SK SERI KOTA PUTERI 4
3. SK PERMAS JAYA 4
4. SK TAMAN PERMAS JAYA 3
5. SK TAMAN MOUNT AUSTIN
6. SK TAMAN JOHOR JAYA 5
7. SJKT LADANG MOUNT AUSTIN
8. SK SUNGAI TIRAM
9. SK KANGKA TEBRAU
10. SJKC CHIEN CHI
11. SK TANJONG LANGSAT
12. SK TAMAN MOLEK
13. SK PERMAS JAYA 5
14. SK PASIR GUDANG 2
15. SK TAMAN DAYA 2

Ucapan terima kasih diberikan kepada sekolah-sekolah di atas kerana telah melengkapkan  keseluruhan pakej  prosedur pengisian markah bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2012.

Harap maklum

SEKOLAH RENDAH YANG MASIH LAGI BELUM MENYELESAIKAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 - SAPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Data ini dilihat pada pukul 11 pagi ini. Sekolah rendah yang masih lagi belum menyelesaikan pengisian adalah;

1. SK CAHAYA BARU - TAHUN 3, 4, DAN 5
2. SK KONGKONG LAUT - TAHUN 3, 4, DAN 5
3. SK PERMAS JAYA 1 - TAHUN 3, 4, DAN 5
4. SK TMN RINTING 2 - TAHUN 3, 4, DAN 5
5. SK TMN MEGAH RIA - TAHUN 4
6. SK SERI ALAM 2 - TAHUN 3, 4, DAN 5
7. SK TMN RINTING 3 - TAHUN 3, 4, DAN 5
8. SJKC BAN FOO - TAHUN 3, 4, DAN 5
9. SJKC CHEE TONG - TAHUN 3, 4, DAN 5
10. SJKC MASAI - TAHUN 3, 4, DAN 5
11. SJKC PEI CHIH - TAHUN 3, 4, DAN 5
12. SJKT LADANG TEBRAU - TAHUN 4
13. SJKT DESA CEMERLANG - TAHUN 3

Pihak sekolah diharap dapat menyelesaikan pengisian dengan segera sebelum sistem atas talian sesak dengan penggunaan.

Harap maklum.

Monday, November 5, 2012

SEKOLAH MENENGAH YANG MASIH LAGI BELUM MEMULAKAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 - SAPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bagi SMK Taman Pelangi Indah dan SMK Kota Masai 2, pengisian markah bagi Kelas Peralihan masih lagi belum dimulakan.

Manakala Madrasah Al-atas pula, pengisian markah bagi Tingkatan 2 masih lagi belum dimulakan.

Pihak sekolah haruslah menyegerakan pengisian markah bagi mengelakkan bertembung dengan pengisian markah sekolah-sekolah lain seluruh Malaysia.

Harap maklum,

SEKOLAH RENDAH YANG MASIH BELUM MENYELESAIKAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 - SAPS


Friday, November 2, 2012

SURAT PENGESAHAN KEMASUKAN MARKAH PAT TAHUN 2012 SEKOLAH RENDAH - SAPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Tuan/puan dikehendaki menghantar salinan surat ini setelah berjaya membuat pengisian markah bagi Peperiksaan Akhir Tahun di dalam aplikasi sistem atas talian SAPS.

Perkara yang perlu diingatkan iaitu pengisian markah bagi Tahun 6 didalam SAPS adalah amat perlu. Jika tidak, surat pengesahan kemasukan markah ini tidak dapat dikeluarkan.

Salinan surat dengan pengesahan guru besar hendaklah dihantar dengan segera ke Unit Penilaian Dan Peperiksaan untuk perhatian En Adnan Bin Ismail .

Harap maklum.

Thursday, November 1, 2012

Ucapan tahniah dan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang disenaraikan di atas kerana telah berjaya melengkapkan pengisian markah Peperiksaan Akhir Tahun dalam sistem atas talian SAPS awal daripada jadual yang ditetapkan.

Semoiga kecekapan setiausaha peperiksaan dalaman dan para guru berkekalan bagi pengisian seterusnya.

Harap maklum.