Pages

Friday, September 28, 2012

RALAT BAGI TARIKH JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENDIDIKAN ISLAM SETARA (SEMUA ALIRAN SEKOLAH) AKHIR TAHUN, TAHUN 6 2012

Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Rendah,

Daerah Pasir Gudang.



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Merujuk kepada surat daripada Majlis Guru Besar (SR) Johor Daerah Pasir Gudang, No. Ruj: MGB PGU/100-9/4/1(   ) bertarikh 19 September 2012.

3.      Sehubungan dengan itu, terdapat ralat pada jadual waktu peperiksaan Pendidikan Islam setara (semua Aliran sekolah) Akhir Tahun, Tahun 6 2012 seperti yang dinyatakan dibawah:

TARIKH PEP. PEN. ISLAM                                                                RALAT
THN 6 PADA SURAT MGB
     HARI 2  (SELASA)
     19 OKTOBER 2012.                                                        9 OKTOBER 2012 (SELASA)
       
4.  Pihak kami memohon maaf atas kesilapan pada tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, September 26, 2012

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR




Monday, September 24, 2012

TERKINI - PINDAAN TARIKH KERTAS SEJARAH 1 DAN 2 SERTA KESUSASTERAAN TAMIL DAN MELAYU - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN MENENGAH


Pindaan kertas adalah seperti di bawah;

16 Oktober 2012
1. Sejarah Kertas 2 - 8.10 - 10.40 Pagi
2. Sejarah Kertas 1 - 11.10 - 12.10 Tghari

1 November 2012
3. Kesusasteraan Tamil Dan Kesusasteraan Melayu - 7.30 - 10.00 Pagi

- Sejarah Kertas 3 kekal pada 1 November kerana ianya setara negeri.

Harap maklum.

Friday, September 21, 2012

PINDAAN TERKINI JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN 2 DAN 4



Pindaan jadual waktu ini terpaksa dilakukan kerana pada peperiksaan ini diperkenalkan satu kertas baru iaitu Kertas 3 Sejarah yang akan disetarakan peperiksaannya diperingkat negeri.

Harap maklum.

Thursday, September 20, 2012

SENARAI SEKOLAH MENENGAH YANG MASIH LAGI BELUM MEMULAKAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 - SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sekolah yang disenaraikan di bawah diminta untuk menggerakkan guru untuk memulakan pengisian markah Peperiksaan Percubaan SPM di dalam sistem atas talian SAPS
.
1. SMK PASIR GUDANG
2. SMK SUNGAI TIRAM
3. SMK DATO PENGGAWA TIMUR

Tarikh tutup pengisian adalah pada 5 Oktober. Sekolah diminta untuk akur pada tarikh yang telah ditetapkan. 

Harap maklum.

Tuesday, September 18, 2012

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 4




PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 - SEJARAH TINGKATAN 4 KERTAS 3

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu tuan/puan boleh mengedarkan kertas soalan di atas bermula pada hari ini sebelum peperiksaan bertulis Sejarah bermula untuk calon membuat persiapan awal.

Pihak UPP akan mengedar kertas soalan ke sekolah melalui 'pegeon hole' mulai pada hari ini. Tuan/puan juga boleh memuat turun kertas soalan ini dengan mengklik pada gambar di atas atau melalui post terkini UPP melalui lamanweb PPD.

Harap maklum.

Thursday, September 13, 2012

TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 2012

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu telah ditetapkan tarikh Peperiksaan Akhir Tahun bagi sekolah rendah dan menengah adalah seperti di bawah;

1. Sekolah Rendah              -    16hb - 19hb Oktober 2012
2. Sekolah Menengah          -    Tingkatan 2  - 25hb Oktober hingga 2hb November 2012
                                                 Tingkatan 4  - 11hb Oktober hingga 2hb November 2012

Jadual penuh peperiksaan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Harap maklum.

SEKOLAH MENENGAH YANG MASIH LAGI BELUM MEMULAKAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM - SAPS


Wednesday, September 12, 2012

SEKOLAH YANG MASIH LAGI BELUM MENYEMPURNAKAN PENGISIAN TOV PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM - SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

Disini disenaraikan sekolah menengah yang masih lagi belum menyempurnakan pengisian TOV Peperiksaan Percubaan SPM didalam aplikasi atas talian SAPS

1. SMK TAMAN DAYA
2. SMK TG PUTERI RESORT

Diharapkan sekolah yang disenaraikan di atas dapat melengkapkan dengan segera pengisian TOV yang sepatutnya telah lama diisikan.

Harap maklum.

PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM - SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu pengisian markah Peperiksaan Percubaan SPM didalam sistem atas talian (SAPS) sudah dibuka. Tarikh akhir memasukkan markah adalah pada 5 Oktober 2012 (Jumaat).

Harap maklum.