Salam 1 Malaysia kepada semua setiausaha peperiksaan dalaman baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Pada artikel kali ini ingin saya memberi makluman yang amat penting kepada semua sekolah daerah Pasir Gudang bahawa pelaksanaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah akan digunakan tidak lama lagi.
Penerangan di peringkat Negeri Johor kepada pegawai JPN dan PPD telahpun dilaksanakan pada 30 hingga 1 Julai 2011 lepas di Melaka. Dan bengkel di peringkat daerah Pasir Gudang akan dilakukan tidak lama lagi di PPD Pasir Gudang.
Didalam bengkel ini nanti, semua setiausaha peperiksaan dalaman akan dipanggil untuk mendaftarkan diri sebagai admin bagi sekolah mereka dan seterusnya mendaftarkan guru kelas dan guru matapelajaran. Satu perkara yang amat menarik sekali di dalam sistem ini adalah setiap guru matapelajaran dan guru kelas akan memainkan peranan di dalam memasuk dan memastikan data berkaitan dengan pelajar mereka dimasukkan.
Jadi peranan setiausaha peperiksaan dalaman adalah memastikan guru kelas dan guru matapelajaran menjalankan tugas mereka masing-masing. Jika mereka telah melakukan tugas dengan betul, butang sekolah akan bertukar warna dari merah ke hijau. Maka pegawai PPD peperiksaan dalaman akan memastikan setiap sekolah telah melakukan tanggungjawab mereka masing-masing.
Untuk lebih pemahaman dalam melaksanakan SAPS ini, tuan/puan boleh memuat turun manual pengguna di atas dengan mengklik - "Disini"