Pages

Tuesday, June 19, 2012

PERINGATAN - KEMASUKAN MARKAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 - SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

Perlu diingatkan kepada sekolah rendah dan menengah yang masih lagi belum menyempurnakan kemasukan markah peperiksaan pertengahan tahun bahawa tempoh hari yang dibenarkan untuk kemasukan markah hanya tinggal tiga hari sahaja.

Tuan/puan dikehendaki menyegerakan pengisian markah bagi mengelak kesesakan server yang mungkin akan berlaku disaat-saat akhir tarikh tutup.

Sepatutnya masalah didalam pengurusan data di peringkat APDM telah pun lama diselesaikan. Jangan timbul sebarang isu berbangkit berkaitan dengan APDM apabila tidak dapat menyempurnakan data markah pelajar di SAPS.

Jika berlaku sesuatu masalah di dalam pengisian markah diperingkat SAPS di saat-saat akhir, pihak Unit Penilaian Dan Peperiksaan tidak akan bertanggungjawab.

Pihak sekolah dan setiausaha peperiksaan dalaman akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memberi tunjuk sebab kepada pihak NKRA dan JPNJ jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Harap maklum.