Perkara di atas adalah dirujuk.
Perlu diingatkan kepada sekolah rendah dan menengah yang masih lagi
belum menyempurnakan kemasukan markah peperiksaan pertengahan tahun
bahawa tempoh hari yang dibenarkan untuk kemasukan markah hanya tinggal tiga hari sahaja.
Tuan/puan dikehendaki menyegerakan pengisian markah bagi mengelak
kesesakan server yang mungkin akan berlaku disaat-saat akhir tarikh
tutup.
Sepatutnya masalah didalam pengurusan data di peringkat APDM telah
pun lama diselesaikan. Jangan timbul sebarang isu berbangkit berkaitan
dengan APDM apabila tidak dapat menyempurnakan data markah pelajar di
SAPS.
Jika berlaku sesuatu masalah di dalam pengisian markah diperingkat
SAPS di saat-saat akhir, pihak Unit Penilaian Dan Peperiksaan tidak akan
bertanggungjawab.
Pihak sekolah dan setiausaha peperiksaan dalaman akan
bertanggungjawab sepenuhnya dalam memberi tunjuk sebab kepada pihak NKRA
dan JPNJ jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Harap maklum.
No comments:
Post a Comment