Pages

Wednesday, October 31, 2012

SKEMA JAWAPAN MATEMATIK TAMBAHAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Disebabkan pihak JKD bagi matapelajaran tersebut tidak menghantar skema sepertimana yang telah dijanjikan kepada pihak Unit Penilaian Dan Peperiksaan, tuan/puan boleh meminta pihak JKD bagi matapelajaran tersebut meng'emailkan' skema kepada tuan/puan.

Sila telefon JKD pada nombor yang diberikan di bawah;

CIKGU SAMRI BIN YAZID
012-2221075
SMK SERI KOTA PUTERI

Harap maklum.

Monday, October 29, 2012

SENARAI SEKOLAH RENDAH YANG MASIH BELUM MELAKSANAKAN TOV DAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 - SAPS

SK KOPOK masih lagi belum menyelesaikan pengisian TOV Peperiksaan Akhir Tahun manakala sekolah lain yang disenaraikan di atas masih lagi belum melaksanakan pengisian markah bagi tahun yang berbutang merah.

Cikgu perlu ingat, pengisian atas talian ini dilakukan oleh semua sekolah rendah yang terdapat didalam Malaysia. Sebagai Setiausaha Peperiksaan Dalaman, cikgu perlu berbincang dengan Guru Besar bagi mengerakkan guru-guru yang terdapat disekolah dalam mengisi markah dengan seberapa segera.

Jangan tunggu sehingga tarikh tutup pengisian untuk memulakan pengisian markah.

Harap maklum.
Untuk makluman ckg, aplikasi atas talian SAPS sudah boleh digunakan.
Sistem atas talian SAPS sedang diselenggara buat sementara waktu. Cikgu diminta bersabar sehingga sistem dapat digunakan semula.

Monday, October 22, 2012

SEKOLAH RENDAH YANG MASIH LAGI BELUM MENYELESAIKAN PENGISIAN TOV PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN - SAPS

Sekolah yang disenaraikan di atas diminta untuk menyempurnakan pengisian sebelum tarikh akhir pengisian markah pada 30 November.

Harap maklum.

Thursday, October 18, 2012

PENGAMBILAN KERTAS SOALAN SEJARAH KERTAS 3 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Tuan/puan boleh mengambil kertas soalan beserta skema jawapannya pada ketetapan berikut.

Tarikh  :  19hb Oktober 2012
Hari     :  Jumaat
Masa   :  8.30 Pagi
Tempat : Unit Penilaian Dan Peperiksaan
              Peperiksaan Dalaman

Pihak Unit Akademik masih lagi berbincang dengan Sektor Pengurusan Akademik bagaimana pembayaran akan dibuat oleh pihak sekolah. Maklumat terkini pembayaran akan diberitahu secepat yang mungkin.

Harap maklum.

Tuesday, October 16, 2012

RALAT - SOALAN SAINS TINGKATAN 2 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 - JKD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Terdapat ralat pada kertas Sains Tingkatan 2 Peperiksaan Akhir Tahun dimana soalan nombor 8 tiada. Tuan/puan boleh menghubungi JKD bagi matapelajaran tersebut.

Pn Rohana Binti Mohd Atan
013-7751175
SMK Desa Cemerlang

Harap maklum.

RALAT PADA SOALAN BAHASA INGGERIS TINGKATAN 2 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 - JKD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Terdapat pembetulan soalan bagi Kertas 2 Bahasa Inggeris Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2.

Tuan/puan boleh mendapatkan pembetulan soalan  dengan menghubungi JKD yang bertanggungjawab;

Cik Jessica Abisheganathan A/P Jeevaratnam
012-7358353
SMK Taman Pasir Putih

Harap maklum.

SOALAN KHB TINGKATAN 2 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Terdapat ketidak sempurnaan kertas soalan KHB yang telah diedarkan kepada sekolah baru-baru ini dimana ada beberapa kertas helaian mukasurat yang tidak disertakan.

Tuan/puan boleh mendapatkan helaian mukasurat yang tidak disertakan itu dengan menghubungi JKD yang bertanggungjawab;

Pn Haslina Binti Hussein
019-7496480
SMK Taman Megah Ria

Harap maklum.

Friday, October 12, 2012

PENGAMBILAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Tuan/puan boleh mengambil kertas soalan ini pada ketetapan berikut;

Tarikh : 15hb Oktober 2012
Hari    : Isnin
Masa  : 8.30 pagi
Tempat : Unit Penilaian Dan Peperiksaan
              Peperiksaan Dalaman

Tuan/puan diminta hadir tepat pada masanya bagi memudahkan majlis ini dijalankan.

Harap maklum.

PEMBETULAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 - JKD SAINS PASIR GUDANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Tuan/puan boleh mengambil pembetulan ini mulai pada hari ini di Unit Penilaian Dan Peperiksaan.

Harap maklum.

Thursday, October 11, 2012

TASAWWUR KERTAS 1 - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terdapat sedikit ralat pada jadual waktu peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 yang baru sahaja dipostkan dalam blog ini dimana kertas 1 Tasawwur Islam tidak diletakkan.

Kertas 1 Tasawwur Islam akan diadakan pada;

Tarikh.   -    1hb November 2012
Hari.      -     Khamis
Masa.     -    7.45 - 9.00 pagi.

Pada waktu tersebut, kertas Pendidikan Moral turut dijalankan. Ada S/U yang bertanyakan pada saya, boleh tak pada 16 hb  Okt sekolah gunakan untuk menjalankan peperiksaan bagi kertas Sivik dan PJK. Sekolah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan hari tersebut untuk sebarang peperiksaan dalaman dan ini adalah arahan daripada pihak JPN.

Dan jika terdapat sebarang pemantauan daripada pihak JPN dan ada sekolah yang menjalankan aktiviti peperiksaan dalaman pada hari tersebut, pihak UPP tidak akan bertanggungjawab.

Harap maklum.

PERUBAHAN TERKINI JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Akibat permasalahan yang tidak dapat dielakkan, maka perubahan jadual waktu terpaksa dilakukan. Pada 17hb Oktober dimana kertas Sejarah 1 dan 2 bagi Tingkatan 4 sepatutnya dijalankan, terpaksa ditunda pada;

i. Sejarah Kertas 1 - 29hb Oktober - 10.30 - 11.45 pagi
ii. Sejarah Kertas 2 - 17hb Oktober - 7.30 - 10.00 pagi

Di bawah ini adalah jadual terkini yang baru sahaja diberikan kepada saya oleh pihak MPSM


Harap maklum

Wednesday, October 10, 2012

MEMUAT TURUN DATA ANALISIS PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 - SAP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Atas permintaan daripada beberapa sekolah yang berhadapan masalah dalam memuat turun data analisis peperiksaan percubaan 2011 melalui 4shared. Maka saya sediakan satu lagi fail hosting yang lain iaitu ziddu.

Tuan/puan boleh memuat turun data tersebut - "Disini"

Tuesday, October 9, 2012

RALAT YANG BERLAKU DIDALAM ANALISIS PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 - SAPS



Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Baru-baru ini apabila saya edarkan Analisis Pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM 2012 didalam blog ini, terdapat pelbagai komen daripada pihak sekolah berkaitan dengan data yang berbeza-beza berbanding data yang telah mereka buat diperingkat sekolah.

Antara sebab perbezaan ini berlaku yang dapat saya senaraikan adalah;

1.      Penggunaan aplikasi sistem yang berbeza antara sekolah dan ppd/jabatan.
       Pihak sekolah masih lagi menggunakan aplikasi sistem SAP lama apabila membuat audit diperingkat  sekolah berbanding dengan pihak PPD/JPN yang menggunakan aplikasi atas talian SAPS.

2.      Pengredan markah yang berbeza
      Didalam sistem SAPS penggunaan gred markah yang berbeza berbanding dengan gredan yang digunakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, contohnya;

GRED
PEMARKAHAN
A+
90 – 100
A
80 – 89
A-
75 – 79
B+
70 – 74
B
65 – 69
C+
60 – 64
C
50 – 59
D
45 – 49
E
40 – 44
G
0 – 39
        
         Diperingkat sekolah, sekolah masih lagi menggunakan gredan markah yang diberikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Apabila analisis dibuat diperingkat sekolah, maka wujudlah perbezaan peringkat dan bilangan kelulusan calon.

3.    Terdapat sesetengah sekolah dimana setiausaha peperiksaan dalaman tidak memeriksa jumlah calon yang berdaftar bagi setiap matapelajaran yang diambil didalam analisis pencapaian matapelajaran pada sistem atas talian apabila sekolah telah memenuhi syarat pengisian markah. Antara sekolah yang dapat dikesan iaitu;

         i.    SMK PERMAS JAYA
         ii.   SMK TAMAN DAYA
iii.    SMK PASIR PUTIH
iv.    SMK PUTERI WANGSA

4.   Pihak sekolah juga diminta untuk menggunakan SAPS apabila membuat post mortem diperingkat sekolah. Pihak PPD dan juga JPN tidak dibenarkan lagi mengambil data SAP diperingkat sekolah. Jika dibuat perbandingan data, maka wujud pelbagai perbezaan disini.

        Di bawah ini adalah Analisis GPS yang terkini dikeluarkan setelah mengambil kira beberapa sekolah yang telah membuat teguran pada pihak NKRA.


Muat turun analisis yang terkini - Analisis Pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM 2012




Monday, October 8, 2012

JSI PJK DAN SOALAN DIPERBAIKI MATEMATIK TINGKATAN 4 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN MENENGAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

Tuan/puan boleh mengambil JSI bagi PJK dan saoalan Matematik yang telah diperbaiki di Unit Penilaian Dan Peperiksaan mulai pada hari ini.

Harap maklum.

TARIKH PELAKSANAAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH MENENGAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk kali keduanya adalah dimaklumkan bahawa pihak Unit Penilaian Dan Peperiksaan telah menentukan bahawa tarikh pelaksanaan Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 2 adalah bermula pada 22hb Oktober 2012 (Isnin) sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak MPSM daerah.

Oleh yang demikian pihak sekolah perlu akur dengan ketetapan yang telah dibuat dan jagan menggunakan jadual yang telah dibekalkan oleh pihak JPN.

Harap maklum.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SERTA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 SEKOLAH MENENGAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

Bagi tingkatan 2, kedua-dua kertas ini JSI dan kertas soalannya akan dibekalkan oleh pihak JKD. Manakala tingkatan 4, pihak JKD hanya akan membekalkan JSI sahaja.

Pihak sekolah perlu membina sendiri soalan berpandukan JSI yang yang dibekalkan. Jadual pelaksanaan kedua-dua kertas ini ditentukan oleh pihak sekolah.

Harap maklum.

Thursday, October 4, 2012

PENGAMBILAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN 4

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu tuan/puan boleh mengambil kertas soalan tersebut pada ketetapan berikut;

Tarikh : 8hb Oktober 2012
Hari    : Isnin
Masa  : 8.30 pagi
Tempat : Unit Penilaian Dan Peperiksaan

Tuan/puan digalakkan hadir tepat pada masanya agar majlis ini dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya.

Harap maklum.

Tuesday, October 2, 2012

SEKOLAH YANG MASIH LAGI BELUM MENYEMPURNAKAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 - SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

Di sini disenaraikan sekolah-sekolah menengah yang masih lagi belum menyempurnakan pengisian markah Peperiksaan Percubaan SPM.

1. SMK PASIR GUDANG
2. SMK TAMAN JOHOR JAYA 2
3. SMK TAMAN DAYA
4. SMK DESA CEMERLANG
5. SMK TAMAN MOUNT AUSTIN
6. SMK PUTERI WANGSA
7. SMK TAMAN DAYA 2
8. SMK PASIR GUDANG 3
9. SMK PERMAS JAYA 2
10. SMK TAMAN DAYA 3
11. SMK TG PUTERI RESORT
12. SMKA JOHOR BAHRU
13. SMK KOTA MASAI 2
14. MADRASAH AL-ATAS

Sekolah yang disenaraikan di atas diminta untuk menyegerakan pengisian markah. Tarikh tutup pengisian markah atas talian akan ditutup pada 5hb Oktober 2012.

Sebarang permintaan untuk pengisian setelah talian ditutup tidak akan dilayan. Sekolah yang masih belum menyempurnakan pengisian markah akan diminta untuk memberi tunjuk sebab mengapa sekolah gagal untuk melakukan menyempurnakan pengisian markah.

Harap maklum.

PENGHANTARAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 2 DAN 4 - JKD

Perkara di atas adalah dirujuk.

Jawatankuasa Panitia Matapelajaran Daerah diminta untuk menghantar soalan yang telah siap dibina pada ketetapan berikut;

Tarikh : 4hb Oktober 2012
Hari    : Khamis
Tempat : Unit Penilaian Dan Peperiksaan
U/P : En. Adnan Bin Haji Ismail
         PPPD Peperiksaan Dalaman

Perkara yang perlu dihantar;

1. 40 salinan 'Hard copy' soalan (tanpa ditulis nama sekolah pada sampul)
2. 1 salinan 'soft copy' soalan dan skema jawapan dalam bentuk CD.

Pihak JKD diminta untuk menghantar soalan tepat pada masanya bagi memudahkan sesi pengumpulan soalan ini dijalankan. Jika terdapat sebarang kesulitan, sila hubungi En. Adnan Bin Hj Ismail di talian 013-7147933.

Harap maklum.

Monday, October 1, 2012

TERKINI - PERUBAHAN TARIKH SEJARAH KERTAS 3 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SELARAS DENGAN ARAHAN JABATAN PELAJARAN JOHOR

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan pekeliling bertarikh 27 Sept 2012 yang telah dikeluarkan oleh Sektor Penilaian Dan Peperiksaan berkenaan dengan jadual waktu peperiksaan akhir tahun tingkatan 2 dan 4. Pihak Unit Penilaian Dan Peperiksaan masih lagi akan mengekalkan penggunaan jadual waktu yang dikeluarkan oleh pihak MPSM daerah.

Terdapat beberapa pindaan yang perlu dilakukan didalam jadual waktu yang sedia ada disebabkan perubahan tarikh peperiksaan Sejarah Kertas 3. Perubahan yang dibuat terpaksa dilakukan disebabkan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak JPNJ.

Perubahan ini hanya melibatkan jadual peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 sahaja.



TAHNIAH - SEKOLAH MENENGAH YANG TELAH MELENGKAPKAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 - SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

Tahniah diucapkan kepada sekolah yang disenaraikan di bawah kerana telah berjaya melengkapkan pengisian markah Peperiksaan Percubaan SPM didalam sistem atas talian SAPS.

1. SMK (FELDA) ULU TEBRAU
2. SMK BANDAR SERI ALAM
3. SMK DATO PENGAWA TIMUR
4. SMK KOTA MASAI
5. SMK PASIR GUDANG 2
6. SMK PERMAS JAYA
7. SMK PERMAS JAYA 3
8. SMK SERI ALAM 2
9. SMK SERI KOTA PUTERI 2
10. SMK TAMAN DESA TEBRAU
11. SMK MEGAH RIA
12. SMK TAMAN MOLEK

Segala usaha tuan/puan melengkapkan pengisian ini didahului dengan ucapan terima kasih dari kami di Unit Penilaian Dan Peperiksaan.

Harap maklum.