Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Baru-baru ini apabila saya edarkan Analisis
Pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM 2012 didalam blog ini, terdapat pelbagai
komen daripada pihak sekolah berkaitan dengan data yang berbeza-beza berbanding
data yang telah mereka buat diperingkat sekolah.
1. Penggunaan aplikasi sistem yang berbeza
antara sekolah dan ppd/jabatan.
Pihak sekolah masih lagi menggunakan
aplikasi sistem SAP lama apabila membuat audit diperingkat sekolah
berbanding dengan pihak PPD/JPN yang menggunakan aplikasi atas talian SAPS.
2. Pengredan markah yang berbeza
Didalam sistem SAPS penggunaan gred markah
yang berbeza berbanding dengan gredan yang digunakan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia, contohnya;
GRED
|
PEMARKAHAN
|
A+
|
90 – 100
|
A
|
80 – 89
|
A-
|
75 – 79
|
B+
|
70 – 74
|
B
|
65 – 69
|
C+
|
60 – 64
|
C
|
50 – 59
|
D
|
45 – 49
|
E
|
40 – 44
|
G
|
0 – 39
|
Diperingkat
sekolah, sekolah masih lagi menggunakan gredan markah yang diberikan oleh pihak
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Apabila analisis dibuat diperingkat sekolah, maka
wujudlah perbezaan peringkat dan bilangan kelulusan calon.
3. Terdapat sesetengah sekolah dimana setiausaha peperiksaan
dalaman tidak memeriksa jumlah calon yang berdaftar bagi setiap matapelajaran
yang diambil didalam analisis pencapaian matapelajaran pada sistem atas talian apabila
sekolah telah memenuhi syarat pengisian markah. Antara sekolah yang dapat
dikesan iaitu;
i. SMK
PERMAS JAYA
ii. SMK
TAMAN DAYA
iii. SMK PASIR PUTIH
iv. SMK PUTERI WANGSA
4. Pihak sekolah juga diminta untuk
menggunakan SAPS apabila membuat post mortem diperingkat sekolah. Pihak PPD dan
juga JPN tidak dibenarkan lagi mengambil data SAP diperingkat sekolah. Jika
dibuat perbandingan data, maka wujud pelbagai perbezaan disini.
Di bawah ini adalah Analisis GPS yang terkini dikeluarkan setelah mengambil kira beberapa sekolah yang telah membuat teguran pada pihak NKRA.
Muat turun analisis yang terkini - Analisis Pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM 2012
No comments:
Post a Comment