Pages

Thursday, December 30, 2010

Ibu Bapa Berurusan Di PPD


Jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Ibu bapa masih lagi membanjiri PPD. Ini mungkin disebabkan pengumuman cuti pada hari Jumaat.



Wednesday, December 29, 2010

Instrumen Pemantauan Peperiksaan Dalaman Sekolah Rendah Dan Menengah 2011

Klik pada gambar untuk pembesaran

Mulai Tahun 2011, Unit Penilaian Dan Peperiksaan menerusi Pegawai Peperiksaan Dalaman dan Pegawai PBS akan memantau setiap sekolah baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah didalam perlaksanaan perjalanan peperiksaan dalaman.

Garis panduan pemantauan telahpun dibuat melalui instrumen pemantauan yang telah ditetapkan oleh Sektor Penilaian Dan Peperiksaan JPN.

Tuan/puan boleh memuat turun instrumen tersebut sebagai garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan atau dipersiapkan di sekolah apabila pegawai peperiksaan dalaman membuat pemantauan.

Tuan/puan boleh memuat turun borang tersebut - "disini"

Monday, December 27, 2010

Analisis Keputusan UPSR Dan PMR Pasir Gudang 2010



Anda boleh memuat turun analisis penuh dengan mengklik gambar di atas.


Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran

Monday, December 20, 2010

e-bank item JPNJ


Latar Belakang

Pada tahun 2009, Bank Soalan yang dimasukkan ke dalam laman web Jabatan Pelajaran Johor dengan nama e-item (Bank Soalan) telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada penyumbang=penyumbang soalan daripada guru-guru sekolah di negeri Johor secara sukarela setelah edaran dibuat ke semua sekolah.



Pada peringkat awal ruangan ini hanya dapat mengumpulkan soalan-soalan daripada sekolah rendah sahaja. Ini kerana ruangan sekolah menengah masih diperingkat pembinaan.

Oleh kerana ruangan ini menerima sambutan muat turun yang sangat menggalakkan daripada pengguna-pengguna dan terdapat sekolah dan personal yang meminta ianya diperkemaskan lagi dan diperkembangkan kepada soalan-soalan menengah maka kertas cadangan penambahbaikan ini dibuat dengan harapan ia menjadi satu alternatif kepada guru dan pelajar seterusnya menjadi salah satu medium yang boleh dikongsi oleh semua pendidik untuk mendapatkan item yang berkualiti.



Strategi Pelaksanaan

Semua perkara di bawah ini akan dihebahkan melalui surat edaran atau ruangan pemberitahuan di dalam laman web jabatan;

1. Setiap daerah akan diberikan subjek yang berlainan mengikut tingkatan atau darjah.

2. Mewajibkan setiap sekolah menghantar soalan mengikut matapelajaran yang telah ditetapkan mengikut daerah masing-masing.



klik pada gambar untuk pembesaran

3. Sekolah akan diberikan nama subjek, tingkatan atau darjah

4. Senarai ini akan dirujuk kepada pembina soalan daerah (JKD) tahun 2010.

5. Semua soalan akan dihantar mengikut format tertentu (Words 2003-97 atau 2007) melalui e-mail pegawai peperiksaan dalaman (uppppdpg@yahoo.com)

6. Tempoh tertentu diberikan kepada sekolah untuk menghantar item masing-masing.

7. Soalan yang telah diterima akan ditapis melalui jawatankuasa penapisan untuk menjaga kebolehpercayaan yang tinggi.

8. Item yang sudah melepasi tapisan akan dimasukkan ke dalam ruangan e-item di laman web Jabatan Pelajaran Johor


9. Sekolah akan dihubungi dari masa ke semasa sekiranya gagal menghantar item yang dikehendaki.

10. Nama sekolah akan dipaparkan bersama tajuk setiap subjek yang disenaraikan di halaman e-bank item.




Wednesday, December 15, 2010

e-bank item JPNJ


Assalamualaikum

Kepada semua setiausaha dalaman yang ingin bertukar-tukar pendapat dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan peperiksaan di peringkat yang lebih luas lagi yang meliputi daerah-daerah lain dalam negeri Johor. Di sini telah pun diwujudkan satu ruang perkongsian maklumat dengan menggunakan Facebook.

Cikgu hanya perlu buka akaun Facebook cikgu dan taipkan e-bank item JPNJ di ruangan carian dan minta untuk jadi ahli ke dalam ruangan kumpulan tersebut.

Wednesday, December 1, 2010

Kursus Pendedahan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah-Sekolah Negeri Johor

Perkara di atas adalah dimaklum.

Sehubungan dengan itu, guru besar yang memerlukan maklumat hasil dari taklimat yang diberi didalam kursus yang telah berlangsung semalam iaitu di Tanjung Puteri Resort, boleh memuat turun - "disini"

Antara maklumat yang terkandung didalam bahan muat turun adalah:

1. Bahan powerpoint - TAKLIMAT SPPK GURU BESAR TAHUN 1 2011
2. Bahan powerpoint - PERANAN SEKOLAH DALAM SPPK 2011
3. Bahan excel - CARTA ORGANISASI
4. Bahan word - STANDARD PRESTASI MATHS PRIMARY WORKING