Pages

Saturday, July 3, 2010

Menggunakan Fail Yang Telah Dimuat Turun Kedalam Sistem Aplikasi SAP

Klik pada gambar untuk pembesaran

Dari post atau artikel yang lepas, kita telahpun mempelajari bagaimana memuat turun fail atau bahan daripada fail hosting di internet.

Pada kali ini pula, kita akan mempelajari bagaimana menggunakan fail yang telah dimuat turun dibuka menggunakan aplikasi SAP.

Sistem aplikasi SAP yang digunakan di sini adalah SAP45. Perlu diingatkan bahawa semua aplikasi SAp yang diberikan oleh PPD adalah sama fungsinya. Jadi, contoh yang diberikan disini boleh diaplikasi bagi semua sistem aplikasi SAP.

Untuk permulaan, cikgu hendaklah membuka windows explore dan pergi ke folder Download yang terdapat di dalam folder master My Documents.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Cari dimana fail rar yang telah dimuat turun, contohnya disini iaitu fail SAP45

Klik pada gambar untuk pembesaran

Buka fail SAP45.rar ini dan paparan isi di dalam akan kelihatan.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Highlight 5 text file yang terdapat di dalam paparan tersebut.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Tarik ke lima-lima text fail itu ke dalam folder SAP45 yang terdapat di dalam C.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Paparan di atas adalah folder SAP45 di dalam C yang belum lagi dimasukkan kelima-lima text fail.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Paparan di atas merupakan paparan yang terdapat di dalam folder SAP45 yang telah dimuatkan kelima-lina text fail.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Tutup windows explore dan pada paparan desktop, klik ikon perisian SAP45.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Paparan perisian aplikasi SAP45 akan dibuka dan klik pada arahan Utiliti.

Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran

Paparan Utiliti akan keluar dan klik pula butang IMPORT DATA DARI C.


Paparan mesej di atas akan keluar. Klik butang OK


Paparan mesej di atas pula akan keluar. Klik butang OK


Paparan untuk melakukan Kemaskini Pelajar akan keluar dan klik butang OK.


Paparan Proses Maklumat Kelas meminta cikgu mengklik butang OK.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Terdapat dua cara cikgu boleh mengemaskini pelajar. Pertama adalah melalui paparan Utiliti dan yang keduanya adalah melalui arahan yang terdapat pada aplikasi itu sendiri.

Perlu diingatkan apabila melakukan proses mengemaskini pelajar, komputer akan melaksanakannya dengan mengambil masa yang lama bergantung kepada betapa baiknya komputer anda.

Jadi diperingkat ini, cikgu perlu bersabar dan jangan cepat putus asa.


Apabila proses pengemaskini pelajar selesai, paparan di atas akan muncul. Klik butang OK.


Cikgu perlu menekan butang Refresh dahulu sebelum membuat tindakan selanjutnya.


Masukkan dahulu data sekolah anda dan kemudian barulah boleh melihat analisisnya.

Selamat mencuba dan jika terdapat sebarang kesulitan, seperti biasa cikgu boleh menelefon En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933 untuk mendapatkan nasihat dan kata-kata perangsang.

Cikgu juga boleh dapatkan kepakaran daripada Jurulatih-jurulatih Utama yang disenaraikan di bawah ini.

Jurulatih Utama Sekolah Rendah.

1. Muhamad Suhaimi Bin Suleiman
SK Kota Masai - 0137831189

2. Abdul Majid Bin Md. Noh
SK Tmn Permas Jaya 3 - 0143813779

3. Kumaran A/L Apala Naidu
SK Kota Masai - 0167758284

4. Saiful Anuar Bin Subakhir
SK Desa Cemerlang - 0137215977

5. Aszlizam Bin Tobari
SK Pasir Puteh - 0137364921

Jurulatih Utama Sekolah Menengah

1. Mohd Irwan B. Idris
SMK Megah Ria - 0139740002

2. Siti Zalina Binti Saidin
SMK Pasir Putih - 0127757341

3. Wan Nazuha Binti Ton Ghani
SMK Seri Kota Puteri - 0197851547

Memuat Turun Fail Dari Blog

Perkara pertama yang cikgu perlu lakukan iaitu ketika berada di lamanweb PPDPG, klik pada butang pautan Blog Penilaian Dan Peperiksaan yang terdapat disebelah kiri lamanweb ini.

Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran

Terdapat dua cara bagaimana untuk memuat turun bahan.

Pertama dengan mengklik pada perkataan "di sini" yang terdapat di dalam post.

Kedua iaitu dengan pergi ke bahagian pautan bahan yang terdapat di sebelah kanan bawah blog ini.

Klik pada gambar untuk pembesaran


Klik pada gambar untuk pembesaran

Setelah mengklik pada perkataan atau pada pautan bahan, cikgu akan dapati bahawa fail atau bahan yang cikgu perlukan akan dipaparkan melalui paparan url fail hosting.

Klik pada gambar untuk pembesaran

Apa yang perlu cikgu buat adalah mengklik pada bahagian yang telah ditunjukkan pada gambar di atas.


Satu paparan baru akan keluar dimana cikgu perlu menyimpan fail tersebut ke dalam komputer untuk memuat turunnya.

Fail atau bahan yang telah dimuat turun kebiasaannya akan disimpan di dalam folder download yang terdapat di dalam folder master iaitu 'My Documents'.

Jika terdapat sebarang kesulitan di dalam memuat turun fail dari fail hosting, sila hubungi En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terdapat juga masalah di dalam memuat turun fail atau bahan dari fail hosting ini. Cikgu perlu melakukannya beberapa kali. Maklumlah fail hosting ini diperolehi dengan percuma. Jadi kesabaran amatlah perlu.

Semoga dengan petunjuk yang ringkas ini dapat menjadi panduan yang berguna bagi cikgu.

SELAMAT MENCUBA.