Pages

Wednesday, July 25, 2012

KESILAPAN YANG PERLU DIELAKKAN APABILA MENGGUNAKAN SAPS

Baru-baru ini kita telahpun selesai membuat pengisian markah peperiksaan pertengahan tahun di dalam SAPS. Ucapan tahniah saya berikan kepada semua setiausaha peperiksaan dalaman sekolah rendah dan sekolah menengah kerana telah berjaya melaksanakan kerja tepat pada waktunya.

Hanya segelintir guru di sekolah rendah yang perlu saya jumpa untuk memberikan penjelasan mengapa lambat melaksanakan pengisian markah di dalam SAPS. Alasan yang kerap diberikan adalah kerana tarikh akhir tutup pengisian masih lambat lagi.

Cikgu perlu ingat, penggunaan SAPS ini bukan sahaja digunapakai di negeri Johor sahaja tetapi seluruh negeri di Malaysia. Apabila cikgu mengisi markah disaat-saat akhir tarikh tutup tiba, sistem atas talian akan menjadi lambat dan cikgu akan cepat putus asa dan menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak mengisi markah.

Cikgu perlu bijaksana dalam menggunakan masa yang sesuai apabila menggunakan aplikasi atas talian seperti SAPS ini.

Untuk artikel kali ini ingin saya memberi ingatan kepada setiausaha peperiksaan dalaman apabila membuat penghantaran markah peperiksaan. Apa yang ingin saya sampaikan di sini iaitu kerap kali apabila proses penghantaran yang dibuat oleh setiausaha peperiksaan dalaman kepada pihak NKRA, terdapat kesilapan yang mungkin tidak diperasankan iaitu banyak matapelajaran yang telah dimasukkan oleh gurumatapelajaran tidak dibuat pengesahan.


Apabila ini berlaku, saya tidak dapat menarik data matapelajaran tersebut untuk dibuat analisis di peringkat PPD dan Jabatan.


Setiausaha peperiksaan dalaman perlu sentiasa menyemak kemasukan markah yang dibuat oleh guru matapelajaran dari masa ke semasa bagi memastikan data yang telah dihantar ke pihak NKRA benar-benar boleh digunapakai.

Caranya iaitu dengan menekan butang 'Semak Key-in Markah' seperti gambar di atas.