Pages

Friday, March 30, 2012

SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH YANG MASIH LAGI BELUM MELENGKAPKAN PENGISIAN MARKAH UJIAN 1 - SAPS

Perkara di atas adalah dimaklum.

Disini disenaraikan sekolah menengah dan rendah yang masih lagi belum menyempurnakan pengisian markah ujian 1 SAPS.

SEKOLAH MENENGAH

1. SMK PERMAS JAYA
2. SMK BANDAR SERI ALAM
3. SMK TAMAN MOLEK
4. SMK TAMAN MEGAH RIA
5. SMK PASIR GUDANG 3
6. SMK TAMAN NUSA DAMAI

SEKOLAH RENDAH

1. SK KOPOK
2. SK TAMAN RINTING 2
3. SK TAMAN NUSA DAMAI
4. SK PEI CHIH

Sekolah-sekolah yang disenaraikan di atas diminta untuk menyelesaikan pengisian markah sebelum 9hb April 2012. Segala permohonan untuk pengisian selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Bagi sekolah yang telah lengkap pengisiannya, diucapkan ribuan ucapan terima kasih.

Thursday, March 29, 2012

PELANJUTAN TEMPOH PENGISIAN UJIAN 1 - SAPS


29 Mac 2012- Mesyuarat Penyelarasan SAPS Bersama JPN Bil 1/2012 bertarikh 29/3/12 telah mengambil keputusan berikut : Memandangkan pihak APDM belum dapat memulihkan link dengan SAPS, dan berjanji akan memulihkannya hanya pada 1/4/12, maka tarikh memasukkan markah bagi sekolah men dan rendah dilanjutkan kepada
9/4/2012. Harap maklum

Harap maklum kepada semua setiausaha peperiksaan dalaman bahawa lawanweb APDM telahpun dibuka. Tuan/puan diminta untuk menyegerakan pengemaskinian data pelajar dan markah di dalam SAPS dengan segera sebelum 30hb Mac 2012 sebelum sistem atas talian SAPS ditutup.

Aplikasi  APDM ini akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan.

Harap maklum.

Wednesday, March 28, 2012

PENGUBALAN SOALAN - PLGDP


Begitu tekun guru-guru menyiapkan tugasan mereka. Hari ini merupakan hari terakhir pengubalan soalan bagi peperiksaan pertengahan tahun anjuran PPD Pasir Gudang di PLGDP, Bandar Tenggara, Kulai.






APDM - TERKINI


Sehingga pukul 9 pagi 28hb Mac 2012, inilah pernyataan yang dikeluarkan oleh pihak APDM apabila mengakses lamanwebnya.

Untuk makluman tuan/puan, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) ditutup sementara sehingga Selasa (27 Mac 2012) jam 5 petang kerana kerja-kerja penyelenggaraan. Justeru itu, kerja-kerja pengemaskinian maklumat Bapa/Penjaga Utama dan maklumat Ibu/Penjaga Kedua dilanjutkan sehingga 15 Mei 2012. Walaubagaimanapun, tuan/puan adalah dipohon untuk memastikan kerja-kerja pengemaskinian dilaksanakan sekiranya ada aplikasi lain memerlukan maklumat tersebut. 

 

Monday, March 26, 2012

KEMUDAHAN INDIKASI PENGISIAN MARKAH UJIAN 1 DALAM SAPS


Satu kemudahan terbaru yang disediakan oleh pihak NKRA untuk sekolah melihat kemajuan pengisian data markah di dalam SAPS, terdapat dilaman utama SAPS seperti yang terdapat pada gambar di atas.

Anda hanya perlu menekan pada STATUS PENGISIAN MARKAH untuk ke paparan seterusnya.


Kemudian tekan pada negeri JOHOR


Seterusnya tekan pada PPD PASIR GUDANG


Anda boleh melihat samada sekolah anda telah berjaya dalam pengisian markah atau tidak dengan memastikan samada sekolah berada pada butang biru atau merah.

SENARAI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH YANG MASIH LAGI BELUM MENGISI MARKAH UJIAN 1 - SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu disenaraikan sekolah menengah dan rendah yang masih lagi belum menyiapkan pengisian markah Ujian 1 didalam SAPS

SEKOLAH MENENGAH

1. SMK FELDA ULU TEBRAU
2. SMK BANDAR SERI ALAM
3. SMK DESA CEMERLANG
4. SMK KOTA MASAI
5. SMK KOTA MASAI 2
6. SMK PASIR GUDANG 2
7. SMK PASIR GUDANG 3
8. SMK PERMAS JAYA
9. SMK PERMAS JAYA 2
10. SMK PERMAS JAYA 3
11. SMK SERI ALAM 2
12. SMK SERI KOTA PUTERI
13. SMK SERI KOTA PUTERI 2
14. SMK TAMAN DAYA
15. SMK TAMAN DAYA 2
16. SMK TAMAN DESA TEBRAU
17. SMK JOHOR JAYA 1
18. SMK JOHOR JAYA 2
19. SMK TAMAN MEGAH RIA
20. SMK TAMAN MOLEK
21. SMK TAMAN MOUNT AUSTIN
22. SMK TAMAN NUSAI DAMAI
23. SMK ULU TIRAM
24. SMKA JOHOR BAHRU

SEKOLAH RENDAH

1. SJKC MASAI
2. SJKC PEI CHIH
3. SK CAHAYA BARU
4. SK KOPOK
5. SK TAMAN DAYA 2
6. SK TAMAN MEGAH RIA
7. SK TAMAN NUSA DAMAI
8. SK TAMAN PASIR PUTIH
9. SK TAMAN RINTING 2

Ucapan tahniah diberikan kepada sekolah menengah dan rendah yang telah berjaya menyiapkan pengisian markah didalam SAPS (yang tidak disenaraikan di atas).

Friday, March 23, 2012

BERDEPAN DENGAN MASALAH SAPS



SEKOLAH RENDAH YANG MASIH LAGI BELUM MENGISI MARKAH UJIAN 1 - SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu sekolah yang disenaraikan di bawah ini diminta untuk melengkapkan pengisian markah Ujian 1 SAPS.

1. SK KOPOK
2. SK CAHAYA BARU
3. SK SUNGAI TIRAM
4. SK PASIR PUTEH
5. SK FELDA ULU TEBRAU
6. SK PERMAS JAYA 1
7. SK TAMAN RINTING 1
8. SK TAMAN JOHOR JAYA 1
9. SK DESA CEMERLANG
10. SK TAMAN RINTING 2
11. SK TAMAN DESA JAYA
12. SK PASIR GUDANG 4
13. SK PERIGI ACHEH
14. SK TAMAN JOHOR JAYA 3
15. SK TAMAN PUTERI WANGSA
16. SK TAMAN MEGAH RIA
17. SK TAMAN PERMAS JAYA 3
18. SK TAMAN JOHOR JAYA 5
19. SK BANDAR SERI ALAM
20. SK TAMAN DAYA 2
21. SK TAMAN PASIR PUTEH
22. SK PERMAS JAYA 4
23. SK KOTA MASAI 2
24. SK TAMAN NUSA DAMAI
25. SJKC FOON YEW 5
26. SJKC BAN FOO
27. SJKC MASAI
28. SJKC JOHOR JAYA
29. SJKT LADANG MOUNT AUSTIN
30. SJKT PASIR GUDANG
31. SJKT LADANG ULU TIRAM
32. SJKT LADANG MADOS

Tarikh akhir kemasukan markah Ujian 1 telah dilanjutkan sehingga 30hb Mac 2012. Kelewatan kemasukan selepas tarikh ini tidak akan dilayan.

Pihak sekolah akan dihubungi oleh pihak NKRA untuk memberi tunjuk sebab mengapa data sekolah tidak disi dengan lengkap.

Harap maklum. Terima kasih.

Thursday, March 22, 2012

IMPORT DATA PELAJAR DARI APDM KE SAPS.

1.Proses import boleh dilakukan melalui 4 cara iaitu
- import keseluruhan sekolah.
- import keseluruhan tingkatan/darjah
- import keseluruhan kelas  
- import individu

2.Bagi pelajar yang tidak mempunyai No. Kad Pengenalan/ No. Sijil Lahir, sistem SAPS tidak dapat menyimpan data pelajar berkenaan.

3.Sekiranya jumlah pelajar dalam kelas dalam SAPS tidak sama dengan APDM, sila import secara individu.

4.Hapuskan pelajar yang bukan berada dalam kelas yang berkenaan.

5. Sila semak No. Kad Pengenalan/ No. Sijil Lahir bagi mengelakkan kesilapan.

6. Untuk mengemaskini maklumat pelajar seperti nama,agama,jantina, sila import pelajar berkenaan semula.

7. SUP juga perlu import data guru kelas di menu IMPORT DATA APDM > Senarai Kelas dan Guru Kelas.

8. Sekiranya senarai pelajar bagi subjek Pendidikan Islam/Pendidikan Moral tidak mencukupi, sila kemaskini semula kod agama pelajar yang terlibat di APDM dan import semula pelajar tersebut di SAPS.

PENGESAHAN MARKAH - SAPS

Kerap kali setiausaha peperiksaan dalaman melakukan kesilapan apabila membuat pengisian SAPS diperingkat akhir setelah semua markah peperiksaan diisi dan dihantar ke NKRA.

Anda perlu melakukan 3 perkara utama untuk memastikan penghantaran markah peperiksaan berjalan dengan lancar dan sekolah anda tidak akan berdepan dengan masalah dengan pihak NKRA.


PERKARA PERTAMA
Pastikan anda telah membuat PENGESAHAN KEMASUKAN MARKAH TOV DAN ETR dan butang indikasi bagi setiap kelas tersebut telahpun bertukar menjadi hijau.

Jika kesemua butang tersebut telah bertukar warna kepada hijau, langkah seterusnya anda perlu menekan butang 'Cetak Surat Pengesahan'.

 
Surat pengesahan kemasukan markah TOV dan ETR ini perlu ditandatangani oleh Guru Besar atau Pengetua dan dibuat salinan dan seterusnya dihantar ke pihak Unit Penilaian dan Peperiksaan.


LANGKAH KEDUA


Buat PENGESAHAN KEMASUKAN MARKAH PEPERIKSAAN dengan memastikan kesemua markah bagi kelas telahpun diisi.

Indikasi kemasukan markah bagi semua kelas akan bertukar warna dari merah kepada hijau. Jika ini berlaku, anda perlu juga membuat cetakan surat pengesahan.


Pastikan surat cetakan yang bakal anda buat telahpun diletakan lencana sekolah dan ditandatangani oleh pentadbir.


LANGKAH KETIGA


Menekan butang 'PROSES MARKAH PEPERIKSAAN' setelah semua proses di atas selesai. Langkah ketiga ini amat penting sekali. Kebiasaannya apabila pihak NKRA berdepan dengan masalah tidak menerima data markah dari sekolah adalah disebabkan setiausaha peperiksaan dalaman tidak menekan butang penghantaran data ini.

Pihak sekolah perlu menghantar salinan cetakan pengesahan TOV dan ETR serta salinan pengesahan markah peperiksaan yang telah ditandatangani oleh pentadbir dengan seberapa segera kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan.

Pihak UPP tidak akan menyokong mana-mana sekolah yang tidak menghantar salinan cetakan di atas jika berlaku sesuatu pada sistem dan dipersoalkan oleh pihak NKRA.

Kerjasama daripada pihak sekolah amat-amat kami hargai.

MARKAH PEPERIKSAAN DAN MARKAH TOV TIDAK SAMA

Bagi guru-guru yang menghadapi masalah markah pelajar melebihi senarai pelajar bagi sesebuah kelas, apa yang perlu dilakukan ialah dengan menghapuskan markah yang bermasalah. Di sebelah lajur EDIT MARKAH akan terpapar gambar berwarna kuning. Klik pada gambar tersebut untuk menghapuskan markah bermasalah.

Sekiranya menghadapi masalah bilangan pelajar tidak sama dengan bilangan TOV. Terdapat fungsi untuk menghapuskan TOV tersebut. Klik pada ikon tong sampah pada lajur HAPUS TOV/ETR YANG BERMASALAH. Satu paparan senarai TOV yang bermasalah akan disenaraikan dan cikgu boleh hapuskan senarai tersebut.

Tuesday, March 20, 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu kelas-kelas yang terlibat dengan peperiksaan setara adalah seperti berikut;

1. SEKOLAH RENDAH - Tahun 6
2. SEKOLAH MENENGAH - Tingkatan 3 dan 5


Jadual waktu dan soalan bagi kelas-kelas di atas adalah diselaraskan oleh SPA JPNJ. Bagi kelas yang tidak disebutkan di atas,terpulang kepada pihak sekolah untuk menentukannya dan tidak melebihi dari tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).

Dan perlu saya peringatkan iaitu pihak Unit Penilaian Dan Peperiksaan tidak lagi menerima penghantaran SAPR dan SAP. Penggunaan aplikasi ini hanya diperingkat sekolah sahaja.


Harap maklum. Terima kasih.

Wednesday, March 7, 2012

PEMBETULAN TEMPAT - TAKLIMAT PENGURUSAN SAPS SPM 2012 PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, tempat bagi taklimat telahpun diubah bagi memberi laluan pihak sekolah menjalankan aktiviti mereka. Maklumat terkini adalah seperti berikut;

Tarikh   :   8hb Mac 2012 (Khamis)
Masa    :   10.30 pagi hingga 1.00 Petang
Tempat :   Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Adnan Bin Ismail di talian 07-3881210 samb 267 atau 013-7147933.

Terima kasih.

Monday, March 5, 2012

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG YANG BARU


Ucaptama Puan Hajah Fatimah Binti Ahmad selaku Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang. SELAMAT BERTUGAS, PUAN.

Saturday, March 3, 2012

Pengimportan Data APDM Ke SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

 
Urusan import data dari APDM ke SAPS sudah boleh dibuat oleh SU Peperiksaan sekolah. Mohon pastikan data APDM sudah dikemaskini selengkapnya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam SAPS. Anda boleh melakukan urusan2 lain selain dari pengemaskinian murid, kelas dan guru kelas.