Pages

Thursday, March 22, 2012

IMPORT DATA PELAJAR DARI APDM KE SAPS.

1.Proses import boleh dilakukan melalui 4 cara iaitu
- import keseluruhan sekolah.
- import keseluruhan tingkatan/darjah
- import keseluruhan kelas  
- import individu

2.Bagi pelajar yang tidak mempunyai No. Kad Pengenalan/ No. Sijil Lahir, sistem SAPS tidak dapat menyimpan data pelajar berkenaan.

3.Sekiranya jumlah pelajar dalam kelas dalam SAPS tidak sama dengan APDM, sila import secara individu.

4.Hapuskan pelajar yang bukan berada dalam kelas yang berkenaan.

5. Sila semak No. Kad Pengenalan/ No. Sijil Lahir bagi mengelakkan kesilapan.

6. Untuk mengemaskini maklumat pelajar seperti nama,agama,jantina, sila import pelajar berkenaan semula.

7. SUP juga perlu import data guru kelas di menu IMPORT DATA APDM > Senarai Kelas dan Guru Kelas.

8. Sekiranya senarai pelajar bagi subjek Pendidikan Islam/Pendidikan Moral tidak mencukupi, sila kemaskini semula kod agama pelajar yang terlibat di APDM dan import semula pelajar tersebut di SAPS.

PENGESAHAN MARKAH - SAPS

Kerap kali setiausaha peperiksaan dalaman melakukan kesilapan apabila membuat pengisian SAPS diperingkat akhir setelah semua markah peperiksaan diisi dan dihantar ke NKRA.

Anda perlu melakukan 3 perkara utama untuk memastikan penghantaran markah peperiksaan berjalan dengan lancar dan sekolah anda tidak akan berdepan dengan masalah dengan pihak NKRA.


PERKARA PERTAMA
Pastikan anda telah membuat PENGESAHAN KEMASUKAN MARKAH TOV DAN ETR dan butang indikasi bagi setiap kelas tersebut telahpun bertukar menjadi hijau.

Jika kesemua butang tersebut telah bertukar warna kepada hijau, langkah seterusnya anda perlu menekan butang 'Cetak Surat Pengesahan'.

 
Surat pengesahan kemasukan markah TOV dan ETR ini perlu ditandatangani oleh Guru Besar atau Pengetua dan dibuat salinan dan seterusnya dihantar ke pihak Unit Penilaian dan Peperiksaan.


LANGKAH KEDUA


Buat PENGESAHAN KEMASUKAN MARKAH PEPERIKSAAN dengan memastikan kesemua markah bagi kelas telahpun diisi.

Indikasi kemasukan markah bagi semua kelas akan bertukar warna dari merah kepada hijau. Jika ini berlaku, anda perlu juga membuat cetakan surat pengesahan.


Pastikan surat cetakan yang bakal anda buat telahpun diletakan lencana sekolah dan ditandatangani oleh pentadbir.


LANGKAH KETIGA


Menekan butang 'PROSES MARKAH PEPERIKSAAN' setelah semua proses di atas selesai. Langkah ketiga ini amat penting sekali. Kebiasaannya apabila pihak NKRA berdepan dengan masalah tidak menerima data markah dari sekolah adalah disebabkan setiausaha peperiksaan dalaman tidak menekan butang penghantaran data ini.

Pihak sekolah perlu menghantar salinan cetakan pengesahan TOV dan ETR serta salinan pengesahan markah peperiksaan yang telah ditandatangani oleh pentadbir dengan seberapa segera kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan.

Pihak UPP tidak akan menyokong mana-mana sekolah yang tidak menghantar salinan cetakan di atas jika berlaku sesuatu pada sistem dan dipersoalkan oleh pihak NKRA.

Kerjasama daripada pihak sekolah amat-amat kami hargai.

MARKAH PEPERIKSAAN DAN MARKAH TOV TIDAK SAMA

Bagi guru-guru yang menghadapi masalah markah pelajar melebihi senarai pelajar bagi sesebuah kelas, apa yang perlu dilakukan ialah dengan menghapuskan markah yang bermasalah. Di sebelah lajur EDIT MARKAH akan terpapar gambar berwarna kuning. Klik pada gambar tersebut untuk menghapuskan markah bermasalah.

Sekiranya menghadapi masalah bilangan pelajar tidak sama dengan bilangan TOV. Terdapat fungsi untuk menghapuskan TOV tersebut. Klik pada ikon tong sampah pada lajur HAPUS TOV/ETR YANG BERMASALAH. Satu paparan senarai TOV yang bermasalah akan disenaraikan dan cikgu boleh hapuskan senarai tersebut.