Pages

Monday, June 27, 2011

Kesilapan Dalam Memasukkan Data Pelajar Pada Program Hikmah Dan Ibnu Sina

Terdapat beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh Penyelaras Hikmah dan Ibnu Sina apabila memasukkan data SAP bila menghantar pada saya bagi pengumpulan data tersebut di Unit Penilaian & Peperiksaan.

Kemasukan keseluruhan pelajar tingkatan 5 adalah cara yang salah.

Kesilapan;

1. Kebanyakan penyelaras hanya menandakan bilangan pelajar hikmah atau ibnu sina di dalam keseluruhan pelajar dalam tingkatan dan bukan memilih hanya 25 orang calon program di dalam sistem SAP tersebut.

   Sepatutnya penyelaras hanya memasukkan 25 orang sahaja calon ke dalam sistem SAP dan boleh menamakan kelas tersebut sebagai Hikmah atau Ibnu Sina.

Cara yang betul dalam memasukkan calon Hikmah

2. Senaraikan semua matapelajaran calon ambil dan bukan hanya matapelajaran yang ditaja oleh YPJ.

Penyelaras perlu menyenaraikan semua matapelajaran yang calon ambil

Cara yang betul di dalam menyenaraikan matapelajaran bagi calon dalam program Hikmah ataupun Ibnu Sina

Sekolah-sekolah yang telah melakukan kesilapan akan dipanggil semuala untuk membetulkan data mereka dan perlu dihantar segera dalam minggu ini untuk pengumpulan semula.