Pages

Thursday, July 26, 2012

Semakan Ralat Pilih Kod Mata Pelajaran SM - SAPS

Satu utiliti semakan ralat kod mata pelajaran sekolah menengah telah di sediakan untuk SUP. Ini bagi membetulkan kod mata pelajaran yang telah tersalah pilih oleh Guru Mata Pelajaran sebelum ini.

Menu ini boleh diakses pada menu Semakan > Semak Ralat MP.

Satu senarai akan dipaparkan untuk P, T2, T3, T4 dan T5 sekiranya terdapat ralat dan SUP hanya perlu klik pada butang Ubahsuai untuk menukar kepada kod yang betul.

Sila semak terlebih dahulu kod mata pelajaran yang salah dengan kod mata pelajaran yang betul sebelum mengemaskini.

Setelah selesai semua proses kemaskini, SUP perlulah melakukan Proses Markah Peperiksaan semula tingkatan yang terlibat bagi mendapatkan statistik yang betul.