Pengetua,
Sekolah-Sekolah Menengah,
Daerah Pasir Gudang.
(u.p : Setiausaha Peperiksaan Dalaman)
Tuan/Puan,
TAKLIMAT SAPS DAN PENGUMPULAN MARKAH SAP123 DAN SAP45 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pengumpulan data tersebut akan dijalankan mengikut butiran berikut;
2.1 Tarikh : 16hb November 2011 (Rabu)
2.2 Masa : 8.30 Pagi hinggga 4.00 Petang
2.3 Tempat : Bilik Mesyuarat 1
PPD Pasir Gudang
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta membawa bersama perkara-perkara di bawah semasa menghadiri pengumpulan data;
3.1 4 keping disket mengandungi data SAP 123 dan SAP45 Peperiksaan Akhir Tahun bagi kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4.
3.2 2 keping disket mengandungi data SAP45 bagi calon Hikmah.
3.3 2 keping disket mengandungi data SAP45 bagi calon Ibnu Sina.
3.4 Hasil cetakan keseluruhan dengan pengesahan pengetua.
3.5 Laptop dan wayar penyambung.
4. Untuk memudahkan pengumpulan data dijalankan, tuan/puan diwajibkan hadir tepat pada masanya. Sila bawa bersama surat panggilan dan salinan cetakan buku bank untuk tuntutan perjalanan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Adnan Bin Ismail ditalian 013-7147933.