Pages

Thursday, November 3, 2011

TAKLIMAT SAPS DAN PENGUMPULAN MARKAH SAPR16 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Pasir Gudang.
(u.p : Setiausaha Peperiksaan Dalaman)        

Tuan/Puan,

TAKLIMAT SAPS DAN PENGUMPULAN MARKAH SAPR16 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.           Pengumpulan data tersebut akan dijalankan mengikut butiran berikut;

              2.1       Tarikh            :        15hb November 2011 (Selasa)
              2.2       Masa              :        8.30 Pagi hingga 4.00 Petang
              2.3       Tempat          :        Dewan Seminar
                                                           SK Taman Megah Ria

3.           Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta membawa bersama perkara-perkara di bawah semasa menghadiri pengumpulan data;

              3.1       5 keping disket mengandungi data SAPR16 Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 2, 3, 4, 5 dan 6.
              3.2       Hasil cetakan keseluruhan dengan pengesahan pengetua.
              3.3       Laptop dan wayar penyambung.

4.           Untuk memudahkan pengumpulan data dijalankan, tuan/puan diwajibkan hadir tepat pada masanya. Sila bawa bersama surat panggilan dan salinan cetakan buku bank untuk tuntutan perjalanan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Adnan Bin Ismail ditalian 013-7147933.


Sekian, Terima kasih.

No comments:

Post a Comment