Pages

Wednesday, June 29, 2011

Manual Memuat Turun Fail Dari Fail Hosting (4Shared)

Disebabkan terdapat pertanyaan daripada S/U Peperiksaan bagaimana hendak memuat turun fail dari 4Shared, maka disini saya berikan tipnya.


Bila berada di Blog Penilaian & Peperiksaan, pergi ke bahagian pautan bahan yang berada di bahagian kanan blog

Browse ke bawah sehingga dapat bahan pencariannya. Sebagai contoh, Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 Ting 3 . Klik pada ayat tersebut dan paparan akan beralih ke URL 4Shared.



Bila berada didalam paparan 4Shared, tekan butang Muat Turun Sekarang .


Cikgu perlu menunggu seketika untuk 4Shared mencari bahan yang diperlukan.


Apabila butang Muat turun fail sekarang muncul, sila klik butang tersebut.

 Simpan fail yang diperlukan ke dalam komputer cikgu.

SEKOLAH MENENGAH YANG MEMPUNYAI DATA HIKMAH DAN IBNU SINA YANG BERMASALAH DAN YANG BELUM MENGHANTAR DATA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah yang disenaraikan di bawah perlu menghantar data dengan seberapa segera ke Unit Penilaian & Peperiksaan.

Bil Sekolah Ibnu Sina        Hikmah
      Ting 4 Ting 5
         
1 SMK DATO PENGAWA TIMUR X X  
2 SMK TAMAN PASIR PUTIH   X  
3 SMK PASIR GUDANG X X  
4 SMK KOTA MASAI 2 X    
5 SMK SERI KOTA PUTERI   Y Y
6 SMK TAMAN DAYA 3   X X
7 SMK TAMAN JOHOR JAYA 1   X  
8 SMK PERMAS JAYA 3   X X
9 SMK TAMAN MEGAH RIA     X
10 SMK TAMAN RINTING 2     X
         
X Perlu dibuat semula dengan hanya calon YPJ sahaja
Y Belum menghantar data Hikmah ke UPP       

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai data yang salah, sila rujuk artikel pertama Blog Penilaian & Peperiksaan di http://uppppdpg.blogspot.com atau menelefon En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih

Monday, June 27, 2011

Kesilapan Dalam Memasukkan Data Pelajar Pada Program Hikmah Dan Ibnu Sina

Terdapat beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh Penyelaras Hikmah dan Ibnu Sina apabila memasukkan data SAP bila menghantar pada saya bagi pengumpulan data tersebut di Unit Penilaian & Peperiksaan.

Kemasukan keseluruhan pelajar tingkatan 5 adalah cara yang salah.

Kesilapan;

1. Kebanyakan penyelaras hanya menandakan bilangan pelajar hikmah atau ibnu sina di dalam keseluruhan pelajar dalam tingkatan dan bukan memilih hanya 25 orang calon program di dalam sistem SAP tersebut.

   Sepatutnya penyelaras hanya memasukkan 25 orang sahaja calon ke dalam sistem SAP dan boleh menamakan kelas tersebut sebagai Hikmah atau Ibnu Sina.

Cara yang betul dalam memasukkan calon Hikmah

2. Senaraikan semua matapelajaran calon ambil dan bukan hanya matapelajaran yang ditaja oleh YPJ.

Penyelaras perlu menyenaraikan semua matapelajaran yang calon ambil

Cara yang betul di dalam menyenaraikan matapelajaran bagi calon dalam program Hikmah ataupun Ibnu Sina

Sekolah-sekolah yang telah melakukan kesilapan akan dipanggil semuala untuk membetulkan data mereka dan perlu dihantar segera dalam minggu ini untuk pengumpulan semula.

Tuesday, June 21, 2011

PERINGATAN PENGHANTARAN DATA HIKMAH DAN IBNU SINA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MENENGAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu penyelaras hikmah dan ibnu sina diminta menghantar dengan segera data di atas ke Unit Penilaian & Peperiksaan.

Tuan/puan juga diminta menghantar data tersebut dengan menggunakan aplikasi SAP45.

Data tersebut mestilah diasingkan mengikut calon dan programnya, contoh jika pelajar tingkatan 4 hikmah, mestilah dihantar menggunakan disket berasingan dengan program yang lain.

Tujuannya bagi menyenangkan pengabungan data dilaksanakan mengikut kategori.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih.

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun UPPM2 2011







Ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada para Jurulatih Utama SAPR16 Sekolah Rendah kerana memberi bantuan kepakaran dalam pengumpulan data kali ini. Ucapan terima kasih juga kepada para guru kerana memberi kerjasama dalam menghantar data SAPR16 ini.

Sila Klik "Disini" untuk memuat turun keputusan

Tuesday, June 14, 2011

PERINGATAN PENGHANTARAN DATA SAPR16 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN DAN UPPM2 2011

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu tuan/puan dikehendaki hadir seperti ketetapan di bawah;

Tarikh : 15 Jun 2011 (Rabu)

Masa : 8.30 pagi ( 8.00 sarapan)

Tempat : Bilik Seminar

SK Kota Puteri 4

Tuan/puan juga dikehendaki membawa bersama perkara di bawah ini ketika menghadiri pengumpulan data, iaitu;

1. 6 keping disket dengan setiapnya mengandungi Tahun 1, 2, 3, 4, 5, dan 6. Pastikan data Tahun 1 dibawa bersama walaupun tidak setara.

2. Laptop dan wayar penyambung bagi memastikan data yang dibawa sentiasa 'valid'.

3. salinan cetakan keseluruhan dengan pengesahan guru besar.

Tuan/puan dikehendaki hadir tepat pada masanya bagi memastikan majlis ini dapat berjalan dengan lancarnya. Jika terdapat sebarang kesulitan, sila hubungi En Adnan Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih.