Pages

Tuesday, February 8, 2011

Cara Memuat Turun Aplikasi Keputusan PMR 2010 Bagi JKD


Pada kali ini, saya akan menerangkan bagaimana pengerusi panitia matapelajaran daerah boleh mengakses keputusan peperiksaan PMR 2010 yang lepas dan mendapatkan maklumat bagi matapelajaran yang dikehendaki.

Kebetulan pula ada panitia daerah yang telah menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat mengenai matapelajaran mereka melalui blog penilaian dan peperiksaan.

Maka untuk meyenangkan panitia daerah matapelajaran lain, disini saya berikan tipnya. Perkara pertama, seperti biasa...... sila ke blog penilaian dan peperiksaan.

Kemudian, terus ke pautan bahan seperti yang saya bulatkan pada gambar di atas. Klik pada analisis PMR daerah Pasir Gudang 2010.


Paparan skrin akan beralih ke ziddu dimana paparan 'download' dipaparkan. Klik pada butang 'Download'.


Paparan di atas akan muncul. Kod verifikasi akan bertukar setiap kali cikgu memuat turun pautan yang lain. Sila masukkan kod yang diberi dan tekan butang "download'.


Paparan di atas akan muncul. Sila tandakan pada 'Save File' dan tekan butang 'OK'.


 Kebiasaannya, fail yang cikgu muat turun akan diletakkan didalam folder 'Download' yang terdapat di dalam 'Windows Explorer'. Jika cikgu perhatikan, fail yang telah dimuat turun tadi telah dikecilkan dan dimasukkan ke dalam WinRAR. Jadi.... pastikan komputer cikgu mempunyai perisian ini.



Klik pada aplikasi PMR 2010.MDB dan analisis PMR versi JPN/PPD/PPB muncul.


Pada analisis ini, klik pada arahan Cetakan Analisis, pergi pada arahan Analisis Mata Pelajaran, pergi pada arahan Setiap Daerah dan akhir sekali mata pelajaran yang cikgu kehendaki.

 

Cetakan analisis keseluruhan bagi daerah Pasir Gudang dikeluarkan. Cikgu boleh mencetaknya. 


Jika cikgu memerlukan cetakan analisis bagi kesemua sekolah yang ada di Pasir Gudang mengikut mata pelajaran yang tertentu, cikgu boleh pergi ke arahan Cetakan Analisis semula, ambil arahan Analisis Mata Pelajaran, ambil arahan Setiap Sekolah dan akhir sekali mata pelajaran yang cikgu kehendaki.


Paparan bagi setiap sekolah mengikut mata pelajaran yang cikgu kehendaki akan dipaparkan. Dan cikgu boleh mencetaknya.

Moga dengan tutorial yang diberikan di atas ini sedikit sebanyak dapat membantu cikgu. Apabila cikgu mengakses laman ziddu, cikgu jangan terperanjat apabila mendapati terdapat iklan yang yang di laman tersebut. Dan ada diantara iklan yang dipaparkan mengandungi iklan yang tidak baik.

Cikgu kena faham bahawa fail hosting yang saya gunakan adalah percuma dan tidak perlu dibayar. Maka pihak ziddu boleh meletakkan apa-apa sahaja iklan yang mereka mahukan. Maka cikgu perlu faham disitu.

Dan seperkara lagi, apabila cikgu mendapati proses memperolehi bahan melalui ziddu ini kadang kala memerlukan masa yang lama, maka cikgu perlulah bersabar dan jangan cepat putus asa. Kadang kala ada bahan yang cikgu ingin muat turun terdiri dari bahan yang kandungan failnya amat besar. Maka proses muat turunnya memakan masa yang agak lama.

Akhir sekali, jika cikgu tidak juga dapat memuat turun fail tersebut, langkah terakhir yang paling baik adalah datang sendiri ke unit kami.