Pages

Monday, August 13, 2012


PINDAAN TARIKH JADUAL PEPERIKSAAN SETARA PERCUBAAN TINGKATAN 3 TAHUN 2012


PINDAAN TARIKH JADUAL PEPERIKSAAN SETARA PERCUBAAN TINGKATAN 3 TAHUN 2012
Dengan hormatnya surat daripada Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KP/KPPM/7(13) adalah dirujuk.
2.           Sukacita dimaklumkan pihak KPM telah memberikan kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk memohon cuti berganti pada hari Khamis, 16 Ogos 2012 yang pada asalnya ada Peperiksaan Percubaan PMR bagi matapelajaran Bahasa Cina 1 dan 2, Bahasa Tamil 1 dan 2 serta Bahasa Arab.
3.           Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan kesulitan yang timbul, maka peperiksaan bagi matapelajaran tesebut dipinda lebih awal iaitu pada 13 Ogos 2012. Bersama-sama ini disertakan pindaan jadual waktu untuk tindakan dan makluman.
4.            Sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi Tn. Haji Jasni Bin Omar di talian 019-7681723 atau Pengerusi MPSM daerah masing-masing.
Sekian,
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(MOHD NOR BIN A.GHANI)
Pengarah Pelajaran Johor
Sk. Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.
(cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan)
Sila pergi ke url di bawah untuk mendapatkan surat siaran dan jadual terkini.
http://www.moe.gov.my/jpnjohor/CMSJPNJ/bahanpro.php?D=2&A=1184

PERINGATAN PENTING - PENGHANTARAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 - JKD

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu semua JKD diminta untuk menghantar perkara di bawah di Unit Penilaian Dan Peperiksaan pada hari ini 13hb Ogos, kerana pada 14hb Ogos akan diadakan pengambilan kertas soalan peperiksaan oleh pihak sekolah.

1. 40 salinan kertas soalan
2. Skema dan soalan dalam bentuk 'softcopy' untuk simpanan pihak UPP.

Semua perkara di atas hendaklah dihantar terus ke UPP dan bukan ke unit lain bagi melicinkan perjalanan pengumpulan kertas soalan dijalankan.

Diminta juga pihak JKD Bahasa Cina dan Bahasa Tamil supaya menepati masa dan hari penghantaran kertas soalan dan CD ke UPP. Kerjasama di pihak tuan amat-amat kami hargai.

Harap maklum.

PENGAMBILAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012

Perkara di atas adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu tuan/puan dikehendaki hadir pada ketetapan berikut;
Tarikh     :    14hb Ogos 2012 ( Selasa )
Masa.     :     8.30 pagi
Tempat. :     Unit Penilaian Dan Peperiksaan
Harap maklum, terima kasih.