Pages

Monday, August 13, 2012

PINDAAN TARIKH JADUAL PEPERIKSAAN SETARA PERCUBAAN TINGKATAN 3 TAHUN 2012


PINDAAN TARIKH JADUAL PEPERIKSAAN SETARA PERCUBAAN TINGKATAN 3 TAHUN 2012
Dengan hormatnya surat daripada Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KP/KPPM/7(13) adalah dirujuk.
2.           Sukacita dimaklumkan pihak KPM telah memberikan kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk memohon cuti berganti pada hari Khamis, 16 Ogos 2012 yang pada asalnya ada Peperiksaan Percubaan PMR bagi matapelajaran Bahasa Cina 1 dan 2, Bahasa Tamil 1 dan 2 serta Bahasa Arab.
3.           Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan kesulitan yang timbul, maka peperiksaan bagi matapelajaran tesebut dipinda lebih awal iaitu pada 13 Ogos 2012. Bersama-sama ini disertakan pindaan jadual waktu untuk tindakan dan makluman.
4.            Sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi Tn. Haji Jasni Bin Omar di talian 019-7681723 atau Pengerusi MPSM daerah masing-masing.
Sekian,
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(MOHD NOR BIN A.GHANI)
Pengarah Pelajaran Johor
Sk. Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.
(cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan)
Sila pergi ke url di bawah untuk mendapatkan surat siaran dan jadual terkini.
http://www.moe.gov.my/jpnjohor/CMSJPNJ/bahanpro.php?D=2&A=1184

No comments:

Post a Comment