Pages

Thursday, May 17, 2012

UCAPAN TERIMA KASIH

Kami dari Unit Penilaian Dan Peperiksaan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga pendidik terutama sekali kepada;

SMK Desa Cemerlang
SMK Ulu Tiram
MPSM
SK Taman Nusa Damai
SK Seri Kota Puteri 4

kerana telah memberi kad ucapan dan tanda ingatan sempena Sambutan Hari Guru yang telah diadakan semalam.



Wednesday, May 16, 2012

Terima Kasih SK Seri Kota Puteri 4


Friday, May 11, 2012

PENGAMBILAN KERTAS SOALAN SETARA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 3

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu tuan/puan boleh mengambil kertas soalan tersebut pada ketetapan berikut;

Tarikh     :     11 Mei 2012 (Jumaat)

Masa.      :     Waktu pejabat

Tempat.  :     SMK Seri Kota Puteri 2

Bagi skema jawapan peperiksaan setara tingkatan 5, skema jawapan tersebut akan dihantar ke sekolah masing-masing dalam masa terdekat.

Harap maklum, terima kasih.

Monday, May 7, 2012

PEMATUHAN ARAHAN PENGURUSAN PBS - PEPERIKSAAN DALAMAN


Surat pekeliling dari Jabatan Pelajaran Johor bertarikh 25 Julai 2011 di atas jelas menerangkan ketidak perluan di pihak sekolah baik sekolah rendah mahupun menengah untuk melaksanakan peperiksaan dalaman bagi tahun 1, 2 dan tingkatan 1.

Sekolah adalah tidak digalakkan untuk melaksanakan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi tahun dan tingkatan yang telah disebutkan di atas.

Sekiranya berlaku sebarang aduan tentang perlaksanaan peperiksaan dalaman bagi tahun dan tingkatan di atas, pihak Unit Penilaian Dan Peperiksaan, PPD Pasir Gudang tidak akan bertanggungjawab.

Harap maklum, terima kasih.

Friday, May 4, 2012

PAUTAN BLOG UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN DI LAMANWEB PPD PASIR GUDANG

Untuk makluman para pengguna Blog Unit Penilaian Dan Peperiksaan , mulai pada hari ini pautan blog  yang berada di laman web PPD bukan lagi di bahagian pautan laman tetapi berada di bahagian atas laman web tersebut.  Iaitu dibahagian laman rasmi unit sepertimana yang terdapat pada gambar di atas.

Harap maklum.

Thursday, May 3, 2012

PENGAMBILAN KERTAS SOALAN SETARA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 TINGKATAN 3 , 5 DAN 6 ATAS

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Tuan/puan boleh mengambil kertas peperiksaan pertengahan tahun yang disetarakan pada ketetapan berikut;

Tarikh. : 3 Mei 2012
Masa. : 9.00 pagi
Tempat. : SMK Seri Kota Puteri 2

Harap maklum, terima kasih.

PENGAMBILAN CD SOALAN TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 4 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 212

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Tuan/puan boleh mengambil CD soalan tersebut di Unit Penilaian Dan Peperiksaan mulai pada hari ini.

Harap maklum, terima kasih.