Pages

Thursday, May 26, 2011

Manual Memuat Turun Fail Dari Laman 4shared


Pertama sekali saya mengucapkan ribuan maaf kerana kesulitan memuat turun fail ini melalui lamanweb PPD. Cikgu terpaksa memuat turun melalui Blog Penilaian & Peperiksaan.

Melalui post kali ini saya akan menerangkan cara bagaimana cikgu boleh memuat turun fail dengan menggunakan fail hosting 4shared. Kebiasaannya saya akan menggunakan ziddu, tetapi disebabkan terdapat
iklan sampingan didalamnya yang mengandungi unsur yang tidak baik, maka saya beralih menggunakan akaun 4shared pula.

Bila cikgu mengklik perkataan "Disini", secara spontan paparan monitor komputer cikgu akan beralih ke paparan perkongsian dan storan 4shared.

 
Cikgu perlu menunggu seketika sehingga rangkaian memuat turun fail dibenarkan.


Klik pada perkataan Muat turun fail sekarang.


Satu paparan kecil akan muncul membenarkan cikgu menyimpan fail yang diminta ke dalam komputer cikgu.


Klik pada butang - Save File.