Pages

Wednesday, September 29, 2010

Analisis SAP Percubaan SPM Peringkat Daerah Pasir Gudang

Klik pada gambar untuk pembesaran

Klik pada gambar untuk pembesaran

Klik pada gambar untuk pembesaran

Klik pada gambar untuk pembesaran

Klik pada gambar untuk pembesaran

Klik "disini" untuk memuat turun keseluruhan analisanya

Monday, September 27, 2010

PENGHANTARAN SOALAN SETARA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010 TINGKATAN 1, 2 DAN 4 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Daerah bagi semua mata pelajaran diminta menyediakan soalan peperiksaan, akhir tahun tingkatan 1, 2, dan 4 Tahun 2010 dan memperbanyakkannya mengikut bilangan sekolah-sekolah menengah daerah Pasir Gudang yang akan mengambil peperiksaan tersebut.

Sila hantar soalan peperiksaan tersebut dalam bentuk softcopy (yang telah diperbanyakkan dalam bentuk cd mengikut bilangan sekolah) ke Unit Penilaian Dan Peperiksaan PPD Pasir Gudang sebelum 8.10.2010 (Jumaat) untuk tindakan pihak kami selanjutnya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Adnan Bin Ismail, Pen. PPD Peperiksaan Dalaman ditalian 0137147933.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih

Saturday, September 25, 2010

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009


KAMI DARIPADA AJK PENDAFTARAN DAN PENGELOLA PESERTA
PPD PASIR GUDANG
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
MENGUCAPKAN
TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH
YANG MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK MEREKA
SEMOGA
BERKEKALAN MENYUMBANG TENAGA DAN BAKTI
KE ARAH MALAYSIA YANG TERBAIK

SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Thursday, September 23, 2010

Sekitar Pengumpulan Markah SAP Percubaan SPM


Diadakan di bilik mesyuarat 1, PPD. Didalam pengumpulan ini hanya satu sekolah sahaja yang mempunyai masalah dan belum menghantar data SAP.

Sebanyak 33 buah sekolah menengah daerah Pasir Gudang telah menghadiri pengumpulan data yang dipengerusikan oleh Encik Adnan iaitu Penolong Pegawai Pelajaran Daerah bahagian peperiksaan dalaman.

Dua orang jurulatih utama telah ditugaskan untuk mengumpul data SAP Percubaan SPM iaitu Cikgu Erwan dari SMK Taman Megah Ria dan Cikgu Siti Zalina dari SMK Taman Pasir Putih.

Para setiausaha dalaman sedang menunggu pengesahan data sebelum dapat beredar

Setiausaha dalaman dari SMK Permas Jaya 2, Cikgu Asmad Firdaus sedang menghubungi sekolah untuk mendapatkan data calon hikmah.

Monday, September 20, 2010

Pemantauan Pegawai PPD Sepanjang Perjalanan Peperiksaan UPSR 2010

Klik pada gambar untuk pembesaran

Klik pada gambar untuk pembesaran

Di atas disenaraikan pegawai yang akan membuat pemantauan terhadap sekolah rendah sepanjang perjalanan peperiksaan UPSR.


Pengumpulan Data Peperiksaan Percubaan SPM - SAP45


Perkara di atas adalah dimaklum.

Sehubungan dengan itu, setiausaha dalaman dikehendaki hadir pada ketetapan di bawah;

Hari : Khamis
Tarikh : 23.9.2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, PPD Pasir Gudang

Semasa menghadiri, Setiausaha peperiksaan dikehendaki membawa;

1. Laptop
2. Salinan printout keseluruhan markah dengan pengesahan pengetua
3. Disket markah SAP45

Setiausaha dalaman dikehendaki hadir tepat pada masa bagi mengelak sebarang masalah timbul semasa pengumpulan markah diadakan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih.

Sunday, September 19, 2010

Laman Web PPD Pasir Gudang Yang Baru


Anda boleh mengakses laman web ini dengan mengklik pada gambar di atas. Laman web ini baru sahaja dilancarkan Jumaat lepas. Maka terdapat beberapa aspek yang perlu ditokok tambah.

Pautan blog penilaian dan peperiksaan juga terdapat di dalam laman web ini.

Wednesday, September 1, 2010

Penghantaran Data SAP45 Percubaan SPM 2010

Tuan/puan dikehendaki menghantar data SAP45 yang telah siap pada ketentuan di bawah;

Tarikh : 24hb Sept 2010
Masa : Jumaat
Waktu : 8.30 pagi ( Cikgu dikehendaki hadir tepat pada waktu)
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Pasir Gudang

Agenda semasa pertemuan;

1. Membincangkan permasalahan yang timbul dalam menyiapkan data
2. Memperbetulkan data SAP sebelum pengumpulan termasuklah data calon hikmah

Keperluan semasa menghadiri penghantaran data

1. Laptop
2. Disket data SAP
3. Salinan printout keseluruhan dengan pengesahan pengetua

Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi En Adnan ditalian 0137147933.

Terima kasih.