Pages

Monday, September 27, 2010

PENGHANTARAN SOALAN SETARA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010 TINGKATAN 1, 2 DAN 4 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Daerah bagi semua mata pelajaran diminta menyediakan soalan peperiksaan, akhir tahun tingkatan 1, 2, dan 4 Tahun 2010 dan memperbanyakkannya mengikut bilangan sekolah-sekolah menengah daerah Pasir Gudang yang akan mengambil peperiksaan tersebut.

Sila hantar soalan peperiksaan tersebut dalam bentuk softcopy (yang telah diperbanyakkan dalam bentuk cd mengikut bilangan sekolah) ke Unit Penilaian Dan Peperiksaan PPD Pasir Gudang sebelum 8.10.2010 (Jumaat) untuk tindakan pihak kami selanjutnya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Adnan Bin Ismail, Pen. PPD Peperiksaan Dalaman ditalian 0137147933.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih