Pages

Monday, July 26, 2010

Taklimat Kemasukan Markah Kerja Kursus PMR dan SAP 2010

Ramai yang bertanyakan saya, siapakah yang sepatutnya pergi ke taklimat tersebut kerana terdapat dua taklimat yang kalau ikut keperluannya memerlukan kedua-dua setiausaha peperiksaan iaitu dalaman dan awam yang perlu pergi.

Pada saya berkenaan dengan taklimat kemasukan markah kerja kursus PMR ini kalau diikutkan setiausaha peperiksaan awam sudah biasa dengan aplikasi kemasukan kerja kursus. Dan aplikasi serta data calon yang akan diberikan nanti tidak banyak bezanya dengan yang terdapat seperti tahun lepas. Cuma data calon tersebut adalah yang terkini dan setiausaha peperiksaan dalaman boleh mengambil dan memberikan maklumat tersebut kepada setiausaha peperiksaan awam di sekolah nanti.

Cuma di dalam taklimat tersebut kebanyakan yang akan dititikberatkan adalah kaedah yang betul bagaimana memasukkan maklumat di dalam aplikasi SAP123.

Kebanyakan setiausaha peperiksaan awam banyak melakukan kesilapan apabila menghantar data SAP kepada PPD. Antaranya;

1. Memilih jenis peperiksaan
2. Bulan peperiksaan
3. Tingkatan
4. Kelas
5. Analisis bilangan pelajar mengikut kelas

dan

6. matapelajaran yang wajib ditandakan untuk mempengaruhi peratus dan GPS sekolah

Kesilapan perkara-perkara di atas menyebabkan kesulitan di pihak PPD untuk menghantar data yang baik ke jabatan.

Dan seringkali di peringkat sekolah sering merungut kerana data disekolah berbeza dengan data yang terdapat di PPD padahal data tersebut datangnya adalah dari sekolah itu sendiri.

Dan apabila data tersebut telah dikumpul di peringkat PPD dan dihantar ke jabatan menyebabkan apa-apa perubahan tidak dapat dilakukan lagi.

Maka kesimpulannya, tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk membetulkan balik segala kesilapan di peringkat sekolah dan sekurang-kurangnya setiausaha peperiksaan dalaman mempunyai maklumat yang terkini bagaimana pelaksanaan yang betul dalam memasukkan maklumat di dalam SAP.

No comments:

Post a Comment