Pages

Thursday, July 29, 2010

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Bila Menggunakan SAP Siri 1


Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian apabila menggunakan aplikasi kemasukan markah SAP ini. Pertama, kerapkali kita lupa untuk mengemaskini kedudukan daerah sekolah kita berada.

Apabila kita mendaftar sekolah, kerapkali kita lupa untuk mendaftar kedudukan daerah dimana sekolah kita berada. Apabila ini terjadi, keputusan laporan keseluruhan sekolah yang berada di dalam sesuatu daerah akan menjadi tidak seimbang. Contohnya, jika keseluruhan sekolah menengah yang berada didalam daerah Johor Bahru adalah 33 buah sekolah. Kemungkinan terjadi adalah jumlah sekolah tersebut akan menjadi sedikit dari sepatutnya. Dan terdapat dua paparan senarai nama sekolah dalam dua daerah yang berlainan.

Didalam SAP yang terbaru, terdapat kemudahan untuk untuk menukar nama daerah. Jika SAP yang terdahulu, kita terpaksa menaip nama daerah di ruangan yang disediakan. Tetapi bagi SAP yang terbaru, kita tidak perlu menaip nama daerah tetapi hanya sekadar memilih dari nama daerah yang disenaraikan dan hasilnya nama daerah dan kodnya diletakkan.


Sering terjadi dimana apabila sekolah telah menghantar data SAP ke peringkat PPD. Data yang diperolehi mengandungi senarai mata pelajaran yang tidak penting ditanda sebagai sebahagian daripada mata pelajaran yang akan diambil kira dalam pengiraan peratus dan GPS.


Akibatnya, apabila pihak PPD menghantar ke peringkat Jabatan, peratus dan GPS sekolah tidak sama dengan apa yang ada diperingkat sekolah. Dan lebih memburukkan keadaan kebanyakan peratus dan GPS sekolah ini menurun.

Apabila pihak sekolah memperolehi laporan di peringkat jabatan, timbul rasa tidak puashati dan meminta pihak PPD melakukan perubahan.

Jelas sekali apabila diperingkat ini, pihak PPD tidak dapat melakukan perubahan dan apa yang boleh dilakukan adalah menasihat pihak sekolah menceritakan kesilapan yang telah dilakukan apabila pertemuan mesyuarat diantara pengetua/guru besar dengan puan pegawai PPD diadakan.


Apabila mendaftar mata pelajaran mengikut kelas, cikgu tidak perlu menanda semua kotak bagi setiap mata pelajaran yang didaftarkan. Memadai hanya menanda kotak bagi mata pelajaran yang wajib sahaja.


Bagi peperiksaan percubaan UPSR, PMR, SPM dan akhir tahun, setiausaha dalaman dikehendaki menanda mana-mana pelajar yang mengambil tuisyen Hikmah. Setiausaha dalaman akan menghantar data hikmah ke PPD apabila setiap kali peperiksaan dijalankan.

Buka paparan Daftar Pelajar Mengikut Kelas yang terdapat pada menu

Daftar - Kemaskini Maklumat Pelajar - Daftar Tahun Semasa

Tandakan kota di bahagian HIK (Hikmah)

Cikgu juga dikehendaki membetulkan juga bahagian KAUM/RAS yang terdapat di paparan ini.


Caranya adalah dengan cara mengklik pada ruangan kod contohnya 01 bagi Melayu, 02 - Cina, 03 - India dan seterusnya.


Jika cikgu tidak membetulkannya maklumat pada ruangan Analisa Bilangan Pelajar Mengikut kelas tidak akan dipaparkan.

No comments:

Post a Comment