Pages

Wednesday, August 8, 2012

PERINGATAN - MEMPROSES MARKAH PEPERIKSAAN SETELAH SELESAI MEMBUAT PENGISIAN MARKAH DALAM SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

Setakat semakan yang telah saya lakukan pada pagi ini, didapati terdapat 3 buah sekolah rendah masih lagi tidak memproses markah peperiksaan sekolah apabila selesai membuat pengisian markah di dalam sistem atas talian SAPS.

Sekolah tersebut adalah;

1. SK SUNGAI TIRAM
2. SK TAMAN PUTERI WANGSA
3. SK CAHAYA BARU





Apabila saya login sekolah tersebut sebagai admin dan melihat analisa pencapaian matapelajaran bagi


subjek Bahasa Inggeris, didapati setiausaha peperiksaan dalaman masih lagi belum menekan butang proses matapelajaran.



Saya cuba juga untuk membuka matapelajaran yang lain dan hasilnya masih lagi tetap sama. Walaupun saya dapati guru sekolah tersebut sudahpun melengkapkan pengisian markah.

Saya akan mempersalahkan setiausaha peperiksaan dalaman sekolah tersebut jika pihak sekolah gagal untuk membekalkan data ke pihak NKRA, JPN dan juga PPD.

Disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh beliau, pihak sekolah terpaksa memberi tunjuk sebab mengapa perkara sedemikian boleh berlaku.

Untuk mengelak perkara begini bakal berlaku pada sekolah, setiausaha peperiksaan dalaman perlu menyemak samaada  prosedur yang betul telah dilakukan.

Perkara pertama setelah mendapati sekolah telah selesai membuat pengisian markah, setiausaha peperiksaan dalaman perlu menekan arahan 'Proses Markah Peperiksaan'

yang terdapat pada menu 'Pengesahan/Markah'.

Paparan 'Proses Peperiksaan Murid Tingkatan/Darjah' akan dipaparkan. Pastikan Darjah 6 telahpun diproses keputusan peperiksaannya.

Jika masih lagi belum sepertimana yang terdapat pada gambar di atas........ maka setiausaha peperiksaan perlu menekan butang 'Proses'.

Paparan di atas akan dipaparkan yang menandakan bahawa setiausaha peperiksaan dalaman telahpun membuat proses penghantaran markah peperiksaan percubaan upsr.

Dan hasilnya paparan di atas dipaparkan.



No comments:

Post a Comment