Untuk makluman tuan/puan, taklimat tersebut akan diadakan pada pukul 8.30 pagi bertempat di Bilik Seminar SK Kota Puteri 4.
Didalam sesi taklimat, pihak UPP akan menjemput Encik Sukhaimi Bin Basar iaitu pengelola cemerlang dari unit Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk memberi penerangan yang sejelas-jelasnya penggunaan aplikasi SAP dan cara-cara penyelesaian terhadap penggunaan aplikasi tersebut.
Maka dengan itu diminta semua setiausaha peperiksaan dalaman menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya dengan datang tepat pada masanya.
Gunakanlah peluang ini dengan memahami dan bertanyakan segala permasalahan yang berkaitan dengan penggunaan aplikasi SAP.
Kepada setiausaha peperiksaan dalaman sekolah rendah juga digalakkan untuk hadir sama dalam taklimat tersebut.
No comments:
Post a Comment