Pages

Thursday, October 28, 2010

Taklimat Dan Pengumpulan Markah SAP Peperiksaan Akhir Tahun Sekolah Menengah

Untuk makluman tuan/puan, taklimat tersebut akan diadakan pada pukul 8.30 pagi bertempat di Bilik Seminar SK Kota Puteri 4.


Didalam sesi taklimat, pihak UPP akan menjemput Encik Sukhaimi Bin Basar iaitu pengelola cemerlang dari unit Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk memberi penerangan yang sejelas-jelasnya penggunaan aplikasi SAP dan cara-cara penyelesaian terhadap penggunaan aplikasi tersebut.

Maka dengan itu diminta semua setiausaha peperiksaan dalaman menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya dengan datang tepat pada masanya.

Gunakanlah peluang ini dengan memahami dan bertanyakan segala permasalahan yang berkaitan dengan penggunaan aplikasi SAP.

Kepada setiausaha peperiksaan dalaman sekolah rendah juga digalakkan untuk hadir sama dalam taklimat tersebut.

Tuesday, October 26, 2010

MAKLUMAT TERKINI PESERTA PROGRAM PEMANTAPAN PENTAKSIRAN PBS BAGI PENTAKSIR SEKOLAH UNTUK MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP (BIL 1,2,3 DAN 4)

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah diminta menghantar 3 orang guru sahaja, terutama guru yang baru mengajar KH atau yang bukan opsyen KH untuk hadir ke program yang tersebut di atas yang akan diadakan seperti ketetapan berikut.

2.2. Tarikh : 15.11.2010 (Isnin)

2.3 Masa : 8.00pagi – 4.00 petang

2.4. Tempat : Bilik Seminar, SK. Seri Kota Puteri 4.

3. Sila bawa bersama keperluan berikut semasa menghadiri taklimat berkenaan:

i) Laptop

ii) Wayar penyambung

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Norazrin Bin Zahari, Pen. PPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Unit Penilaian & Peperiksaan PPDPG di talian 013-7822488

Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan.

Terima kasih.

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

(AZUDEN BIN MOHAMAD)

Pen. PPD. Penilaian & Peperiksaan

b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang

Saturday, October 23, 2010

PINDAAN TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT DAN PENGUMPULAN MARKAH SAP PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

Perkara di atas adalah dimaklum.

Disebabkan terdapat masalah teknikal, taklimat dan pengumpulan markah SAP terpaksa dilewatkan sedikit tarikhnya iaitu pada;

Tarikh : 10.11.2010

Hari : Rabu

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Seminar, SK Kota Puteri 4

Sila bawa bersama perkara di bawah kita menghadiri taklimat dan pengumpulan markah

1. Laptop

2. Wsyar penyambung

3. Disket markah

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih.

Thursday, October 21, 2010

TARIKH PENGHANTARAN MARKAH SAP PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH


Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki mematuhi tarikh penghantaran markah SAP seperti yang telah ditetapkan dibawah;

1. Sekolah Rendah - 9.11.2010 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Seminar, SK Kota Puteri 4

2. Sekolah Menengah - 10.11.2010 (Rabu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Seminar, SK Kota Puteri 4

Keperluan semasa menghadiri;

1. Laptop

2. Wayar penyambung

3. Disket data

4. Salinan printout yang telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih.

Thursday, October 14, 2010

PENGAMBILAN KERTAS SOALAN BAHASA INGGERIS TINGKATAN 1 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

Perkara di atas adalah dimaklum.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki mengambil kertas soalan tersebut di Unit Penilaian Dan Peperiksaan.

Jika terdapat sebarang kesulitan berkaitan dengan kertas soalan tersebut, sila hubungi SMKA Johor Bahru (pembina soalan).

Terima kasih.

Wednesday, October 13, 2010

Pengambilan Kertas Soalan Fizik Peperiksaan Akhir Tahun

Perkara di atas adalah dimaklum.

Sehubungan dengan itu tuan/puan boleh mengambil kertas soalan tersebut di Unit Penilaian Dan Peperiksaan hari ini.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih.

Friday, October 8, 2010

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Tahun Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang 2010

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu tuan/puan boleh memuat turun jadual waktu peperiksaan dilaman wweb ini.

Jadual tersebut merupakan jadual diperingkat akhir setelah menjalani pengubahsuaian. Tuan/puan boleh memuat turun - "disini".

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih

Taklimat Dan Pengambilan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang 2010

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki hadir pada ketetapan berikut;

Tarikh : 12.10.2010

Hari : Selasa

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik seminar, SK Kota Puteri 4

Keperluan ketika menghadiri;

1. Laptop

2. Thumdrive

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Adnan Bin Ismail ditalian 0137147933.

Terima kasih.

Wednesday, October 6, 2010

Peringatan Penghantaran Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Sekolah-Sekolah Menengah 2010

Perkara di atas adalah dimaklum.

Sehubungan dengan itu diingatkan kembali bahawa tarikh akhir penghantaran kertas soalan peperiksaan akhir tahun bagi pihak panitia daerah adalah pada 8.10.2010 iaitu bersamaan dengan hari Jumaat.

Pihak panitia daerah juga diminta untuk terus menghantar kertas soalan dan cd yang telah lengkap di Unit Penilaian Dan Peperiksaan dan bukan meletakkannya di peti surat sekolah.

Kerjasama dipihak JKD amat-amatlah dihargai.

Terima kasih.

Tuesday, October 5, 2010

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4, 2010









Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu tuan/puan dikehendaki memuat turun jadual peperiksaan dan jika terdapat sebarang kesulitan di dalam jadual waktu tersebut (penambahbaikan) , sila hubungi Cikgu Kosnah (Setiausaha peperiksaan SMK Taman Megah Ria) ditalian 0197202637 untuk membuat pembetulan terhadap jadual waktu tersebut.

Tuan/puan boleh memuat turun jadual peperiksaan "disini".

Terima kasih.

Saturday, October 2, 2010