Pages

Tuesday, July 31, 2012

PENGAMBILAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012

Sehubungan dengan itu tuan/puan dikehendaki hadir pada ketetapan berikut;
Tarikh.   :    2 Ogos 2012 (Khamis)
Masa.    :    8.30 Pagi

Tempat :    Dewan Seminar, SK Seri Kota Puteri 4
Tuan/puan dikehendaki hadir tepat pada masanya untuk memastikan kelancaran perjalanan majlis.
Harap maklum, terima kasih.

SEKOLAH RENDAH YANG TELAH MENYEMPURNAKAN KEMASUKAN MARKAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012 - SAPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

Ucapan tahniah diberikan kepada sekolah di bawah ini kerana telah menyempurnakan pengisian markah Peperiksaan Percubaan UPSR di dalam aplikasi sistem atas talian SAPS.

1. SK DESA CEMERLANG
2. SK TAMAN PERMAS JAYA 3
3. SK TAMAN MOUNT AUSTIN
4. SK PASIR PUTEH (TERKINI 2.15 PETANG)
5. SK PASIR GUDANG 2 (TERKINI 2.15 PETANG)
6. SK SERI KOTA PUTERI (TERKINI 2.15 PETANG)
7. SJKT LADANG MOUNT AUSTIN (TERKINI 2.15 PETANG)

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

PENGESAHAN TOV/ETR TAHUN ENAM - SAPS

Kebanyakan sekolah rendah yang saya lihat kemasukan tov/etr masih belum dapat menyempurnakan pengisiannya.

Sepatutnya proses pengisian tersebut perlu dilakukan di awal tahun selepas sekolah menempuh alam persekolahan yang baru.

Masalah akan timbul apabila pengisian ini dilakukan dipertengahan tahun atau akhir tahun disebabkan bilangan pelajar yang didaftar awal tahun tidak sama dengan bilangan pelajar dipertengahan atau akhir tahun.

Setiausaha peperiksaan dalaman perlu perihatin dalam menyegerakan pengisian data tersebut secepat yang mungkin.




PENGHANTARAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012 KE UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu pihak JKD diminta menghantar soalan yang telah siap beserta skema jawapan ke Unit Penilaian Dan Peperiksaan pada hari ini.

Tuan/puan diminta untuk terus menghantar soalan dan skema ke UPP dan bukan ke unit lain bagi mengelak soalan dan skema tersebut hilang.

Kerjasama dipihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Thursday, July 26, 2012

Semakan Ralat Pilih Kod Mata Pelajaran SM - SAPS

Satu utiliti semakan ralat kod mata pelajaran sekolah menengah telah di sediakan untuk SUP. Ini bagi membetulkan kod mata pelajaran yang telah tersalah pilih oleh Guru Mata Pelajaran sebelum ini.

Menu ini boleh diakses pada menu Semakan > Semak Ralat MP.

Satu senarai akan dipaparkan untuk P, T2, T3, T4 dan T5 sekiranya terdapat ralat dan SUP hanya perlu klik pada butang Ubahsuai untuk menukar kepada kod yang betul.

Sila semak terlebih dahulu kod mata pelajaran yang salah dengan kod mata pelajaran yang betul sebelum mengemaskini.

Setelah selesai semua proses kemaskini, SUP perlulah melakukan Proses Markah Peperiksaan semula tingkatan yang terlibat bagi mendapatkan statistik yang betul. 

Wednesday, July 25, 2012

KESILAPAN YANG PERLU DIELAKKAN APABILA MENGGUNAKAN SAPS

Baru-baru ini kita telahpun selesai membuat pengisian markah peperiksaan pertengahan tahun di dalam SAPS. Ucapan tahniah saya berikan kepada semua setiausaha peperiksaan dalaman sekolah rendah dan sekolah menengah kerana telah berjaya melaksanakan kerja tepat pada waktunya.

Hanya segelintir guru di sekolah rendah yang perlu saya jumpa untuk memberikan penjelasan mengapa lambat melaksanakan pengisian markah di dalam SAPS. Alasan yang kerap diberikan adalah kerana tarikh akhir tutup pengisian masih lambat lagi.

Cikgu perlu ingat, penggunaan SAPS ini bukan sahaja digunapakai di negeri Johor sahaja tetapi seluruh negeri di Malaysia. Apabila cikgu mengisi markah disaat-saat akhir tarikh tutup tiba, sistem atas talian akan menjadi lambat dan cikgu akan cepat putus asa dan menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak mengisi markah.

Cikgu perlu bijaksana dalam menggunakan masa yang sesuai apabila menggunakan aplikasi atas talian seperti SAPS ini.

Untuk artikel kali ini ingin saya memberi ingatan kepada setiausaha peperiksaan dalaman apabila membuat penghantaran markah peperiksaan. Apa yang ingin saya sampaikan di sini iaitu kerap kali apabila proses penghantaran yang dibuat oleh setiausaha peperiksaan dalaman kepada pihak NKRA, terdapat kesilapan yang mungkin tidak diperasankan iaitu banyak matapelajaran yang telah dimasukkan oleh gurumatapelajaran tidak dibuat pengesahan.


Apabila ini berlaku, saya tidak dapat menarik data matapelajaran tersebut untuk dibuat analisis di peringkat PPD dan Jabatan.


Setiausaha peperiksaan dalaman perlu sentiasa menyemak kemasukan markah yang dibuat oleh guru matapelajaran dari masa ke semasa bagi memastikan data yang telah dihantar ke pihak NKRA benar-benar boleh digunapakai.

Caranya iaitu dengan menekan butang 'Semak Key-in Markah' seperti gambar di atas.



Tuesday, July 17, 2012

PENGHANTARAN DATA ANALISIS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2011

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu semua sekolah menengah dikehendaki menghantar data analisis peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 dalam bentuk cetakan ke Unit Penilaian Dan Peperiksaan dengan segera selewat-lewatnya pada hari Rabu, 18hb Julai.

Cetakan analisis yang perlu dihantar adalah;
1. Cetakan keseluruhan tingkatan 4
2. Cetakan setiap matapelajaran tingkatan 4
Cetakan setiap pelajar tidak diperlukan

Ini disebabkan data yang ada didalam SAPS tidak lengkap akibat ramai setiausaha peperiksaan dalaman tidak memproses matapelajaran setelah guru matapelajaran melengkapkan markah pelajar.

Harap maklum, terima kasih.

Friday, July 6, 2012

PEMBETULAN TARIKH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SETARA NEGERI JOHOR 2012

Perkara di atas adalah dirujuk.

Di sini disenaraikan kembali tarikh terkini Peperiksaan Percubaan Setara Negeri Johor

1. UPSR    -   24/7 hingga 26/7/2012 - Soalan setara negeri

2. PMR     -   10/8 hingga 17/8/2012 - Soalan tidak setara tetapi JSI setara negeri

3. SPM     -   30/8 hingga 21/9/2012 - Soalan tidak setara tetapi JSI setara negeri

4. STPM   -   3/9  hingga 21/9/2012 - Soalan setara negeri

Harap maklum, terima kasih.

Thursday, July 5, 2012

MAKLUMAT TERKINI TARIKH PEPERIKSAAN SETARA 2012

Perkara di atas adalah dirujuk.

Di sini disenaraikan maklumat terkini peperiksaan percubaan setara

1. UPSR     -    24/7 hingga 26/7/2012 - Soalan setara peringkat negeri

2. PMR      -    13/8 hingga 17/8/2012 - Soalan tidak setara tetapi berlandaskan kepada setara JSI

3. SPM      -    14/9 hingga 8/10/2012 - Soalan tidak setara tetapi berlandaskan kepada setara JSI

4. STPM    -    18/9 hingga 5/10/2012 - Soalan setara peringkat negeri

Harap maklum, terima kasih.