Monday, February 28, 2011
Penghantaran Disket Dan Dokumen Pendaftaran UPSR Dan PMR Tahun 2011
Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa penghantaran disket dan dokumen pendaftaran UPSR dan PMR 2011 akan diadakan mengikut ketetapan berikut;
Tarikh : 1 hingga 3 Mac 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Unit Penilaian dan Peperiksaan
PPD Pasir Gudang
Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan SU Peperiksaan hadir bagi urusan tersebut di atas. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Azuden Bin Muhamad (0197445004) atau Encik Ahmad Jais Bin Omar (0127506906).
Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan, terima kasih.
Wednesday, February 23, 2011
Taklimat Pelaksanaan SPPK - SK Kopok
Taklimat sedang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kopok, Pasir Gudang. Kehadiran terdiri daripada guru tahun satu dan dua yang terdiri daripada guru-guru sesi petang.
Taklimat ini diadakan lewat sedikit daripada masanya iaitu pada pukul 11.15 pagi akibat daripada pemantauan ke atas SK Bandar Seri Alam 2 yang mengalami masalah dalam pelaksanaan SPPK.
Friday, February 18, 2011
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM TAHUN 2010
Tindakan : PK1 / PENYELARAS TINGKATAN 6
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sehubungan itu, tuan/puan diminta hadir bagi mengambil slip keputusan peperiksaan di atas mengikut butiran berikut:
Tarikh : 21 Februaru 2011 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Unit Penilaian Dan Peperiksaan
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang
Kerjasama pengetua dipohon bagi mengarah PK1 Tingkatan 6 atau wakilnya (Penyelaras Tingkatan 6) hadir untuk mengambil slip keputusan di Unit Penilaian Dan Peperiksaan dan diedarkan kepada calon pada hari yang sama bermula jam 12.00 tengah hari.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, February 16, 2011
Pemantauan Keatas Bilik Operasi Peperiksaan
Terdapat dua buah sekolah rendah yang mempunyai bilik operasi peperiksaan yang boleh dibuat contoh dalam lawatan saya pada hari ini iaitu SK Pasir Putih dan SK Kota Masai 2.
Diharap gambar-gambar yang saya ambil ini boleh dijadikan sebagai landasan bagi setiausaha peperiksaan sekolah lain untuk menambahbaikkan lagi bilik operasi peperiksaan mereka.
Monday, February 14, 2011
Borang Maklumat Setiausaha Peperiksaan Dalaman
Borang ini perlu diisi oleh setiausaha peperiksaan apabila pemantauan dijalankan oleh pihak kami. Klik pada gambar di atas untuk memuat turun borang berformat word.
Friday, February 11, 2011
Dokumen Yang Perlu Ada Didalam Fail Induk Peperiksaan Dalaman
Disini disertakan beberapa dokumen yang perlu ada didalam fail induk. InsyaAllah akan saya sertakan beberapa dokumen lain pada post yang akan datang.
Thursday, February 10, 2011
Program Pemantauan Terancang PBS Dan Peperiksaan Dalaman
Pada 9hb Februari iaitu semalam, pemantauan telah dibuat keatas 2 buah sekolah rendah iaitu SJKT Pasir Gudang dan SK Taman Cendana.
Didalam pemantauan yang telah dilakukan, banyak pendedahan tentang pelaksanaan SPPK dapat diberikan kepada guru-guru yang mengajar tahun 1.
Bagi peperiksaan dalaman, tinjauan terhadap pelaksanaan bilik operasi peperiksaan telah dilakukan. Tunjukajar tentang perkara-perkara yang perlu ada di dalam bilik operasi juga telah diberikan kepada setiausaha peperiksaan dalaman dan awam.
Para guru besar dan setiausaha peperiksaan digesa untuk memperkemas dan melengkapkan bilik operasi peperiksaan masing-masing bagi dicalonkan untuk bilik operasi dan setiausaha peperiksaan cemerlang.
Didalam lawatan yang dibuat terhadap SJKT Pasir Gudang dan SK Taman Cendana, kerjasama yang amat baik telah diberikan oleh guru besar sekolah tersebut. Taklimat yang berkesan dapat diberikan oleh pegawai Unit Penilaian Dan Peperiksaan sepanjang lawatan diadakan.
Kami di Unit Penilaian Dan Peperiksaan , Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang mengucapkan ribuan terima kasih terhadap para pentadbir dan para guru kerana memberi kerjasama yang amat baik sepanjang kami di sana.
Wednesday, February 9, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)