Perkara di atas adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki hadir mengikut ketetapan berikut;
Tarikh : 7hb Februari 2011 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Bakti
SM Sains Johor, Kluang.
Pengerusi panitia mata pelajaran yang terlibat
1. Bahasa Melayu - SK Taman Pelangi Indah
2. Bahasa Inggeris - SK Permas Jaya 3
3. Sains - SK Pasir Gudang 3
4. Matematik - SK Taman Rinting 2
Kehadiran guru besar adalah wajib. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Abd Manap Sariman, Penolong Pengarah PBS-SPM, Sektor Penilian Dan Peperiksaan JPNJ ditalian 0127086242.
Saturday, January 29, 2011
Sahabat Sekerja Yang Sentiasa Diingati Dan Dihargai
Dua sahabat sekerja yang telahpun meninggalkan kami di Unt Penilaian Dan Peperiksaan, iaitu Cik Nabilla dan Cik Sharlina.
Alhamdulillah, masing-masing sudahpun bekerja dan pada hari ini diadakan majlis khas meraikan sumbangan mereka terhadap unit ini.
Encik Azuden selaku ketua unit ini memberi ucapannya
Cik Sharlina menerima hadiah daripada Encik Azuden
Cik Nabilla menerima hadiah daripada Encik Azuden
Thursday, January 27, 2011
Sekitar Taklimat Pendaftaran PMR 2011
Taklimat diadakan di SMK Seri Kota Puteri 2 pada hari ini iaitu pada pukul 8 pagi para peserta yang terdiri daripada setiausaha peperiksaan awam melapor diri di bilik SPBT sekolah.
Wednesday, January 26, 2011
Monday, January 24, 2011
Friday, January 21, 2011
Memuat Turun Borang Instrumen Pemantauan Peperiksaan Dalaman
Didalam blog penilaian dan peperiksaan, pergi ke bahagian kanan blog iaitu dibahagian pautan bahan.
Dibahagian pautan bahan, sila lihat senarai yang terakhir iaitu borang instrumen pemantauan peperiksaan dalaman 2011 dan klik.
Paparan akan menghala anda ke url ziddu.com. Anda perlu mengklik butang - Download.
Paparan download akan muncul. Sila masukkan verification code yang diberikan ke dalam kotak yang disediakan. Kod Verifikasi akan sentiasa bertukar-tukar setiap kali anda ingin memuat turun bahan-bahan yang lain.
Setelah mengisi kod verifikasi yang diberikan, tekan butang download. Paparan di atas akan muncul meminta kepastian arahan yang seterusnya. Pilih samaada anda mahu membuka atau menyimpan fail yang anda mahukan.
Setelah membuat pilihan, tekan butang - OK.
Kebanyakan fail yang disimpan didalam fail hosting ini disimpan didalam bentuk WinRAR. Jadi anda kena pastikan bahawa komputer anda telahpun mempunyai perisian tersebut.
Jika tiada, anda boleh memuat turunnya di dalam blog penilaian dan peperiksaan dibahagian - Aplikasi Berkaitan iaitu dibawah pautan bahan.
Wednesday, January 19, 2011
Aplikasi Pendaftaran PMR Versi 2011
Aplikasi ini boleh dimuat turun - "disini"
Sepertimana aplikasi pendaftaran UPSR versi 2011, muat turun aplikasi pendaftaran PMR ini disertakan juga dengan manual penggunaannya.
Aplikasi Pendaftaran UPSR Versi 2011
Aplikasi ini boleh diperolehi dengan mengklik - "disini"
Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi
Monday, January 17, 2011
Pemantauan Bilik Operasi Peperiksaan Dan Setiausaha Peperiksaan Dalaman
Jadual pemantauan sekolah
Diharap dengan adanya jadual pemantauan dan perkara yang akan dipantau ini dapat sedikit sebanyak memberi persediaan awal dipihak tuan/puan apabila pemantauan dilakukan nanti.
Pemantauan yang akan dilakukan ini sekurang-kurangnya dapat memberi penerangan dan bimbingan yang lebih terperinci bagi menyediakan bilik operasi peperiksaan yang lebih baik dan memberi maklumat dan pengetahuan tambahan kepada para setiausaha peperiksaan dalaman.
Pegawai PBS juga akan turut serta didalam pemantauan ini yang akan melihat fail-fail PBS sekolah.
Wednesday, January 12, 2011
Wednesday, January 5, 2011
Bahan SPPK terkini
Assalam mualaikum,
Kepada semua guru2 yang mengajar tahun satu 2011 yang memerlukan bahan-bahan SPPK diminta untuk memuat turun bahan-bahan terbaru yang akan digunakan untuk memudahkan perjalanan perlaksanaan program SPPK.
Sila muat turun - "disini". untuk mendapatkan bahan tersebut.
segala pertanyaan sila hubungi En Norazrin Bin Zahari, Pen.Peg PPD PBS ,PPD P.Gudang.
Subscribe to:
Posts (Atom)